Utusan Borneo (Sabah)

Vettel tamatkan kariernya dalam F1 akhir musim ini

-

HUNGARY: Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Sebastian Vettel, akan bersara sebagai pemandu pada akhir musim ini, menurut pengumuman­nya pada Khamis.

“Keputusan untuk bersara adalah sesuatu yang sukar untuk saya buat dan saya sudah menghabisk­an banyak masa untuk memikirkan­nya,” kata Vettel, 35, dalam satu kenyataan pasukan Aston Martin.

“Pada akhir tahun, saya akan mengambil lebih banyak masa untuk mengimbau apa yang akan saya fokus seterusnya; ia sangat jelas kepada saya bahawa sebagai seorang ayah, saya mahu menghabisk­an lebih banyak masa bersama keluarga saya. Tetapi hari ini, ia bukan tentang mengucapka­n selamat jalan.

“Sebaliknya, ia adalah tentang berkata terima kasih - kepada semua orang - termasuk penyokong, tanpa sokongan padu Formula Satu tidak wujud.”

Vettel memenangi empat kejuaraan dunia berturutur­ut bersama Red Bull dari 2010 hingga 2013 tetapi bergelut mengulangi kejayaanny­a selepas berpindah ke Ferrari sebelum menyertai pasukan Aston Martin tahun lepas.

Lima puluh tiga kemenangan Grand Prix meletakkan­nya di senarai ketiga keseluruha­n pemandu sepanjang zaman,di belakang Lewis Hamilton (103) dan Michael Schumacher (91). Vettel memenangi perlumbaan terakhirny­a di Singapura pada 2019.

“Dia adalah salah seorang pemandu terhebat dalam Formula Satu dan ia satu penghormat­an untuk dapat bekerja dengannya,” kata pengerusi eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll, di mana anaknya, Lance adalah pemandu kedua Aston Martin.

“Dia akan terus berlumba bersama kami dan termasuk Grand Prix Abu Dhabi, yang akan merupakan perlumbaan ke-300 dia dalam F1. Kami akan memberikan­nya selamat jalan yang hebat.”

Pemandu dari Jerman itu membuat penampilan sulung F1 bersama pasukan Sauber di Grand Prix Amerika Syarikat pada 2007. Dia menyertai pasukan Toro Rosso pada tahun yang sama dan berlumbaan tujuh perlumbaan terakhir musim yang sama.

Dia menghabisk­an satu musim penuh bersama Toro Rosso sebelum menyertai pasukan Red Bull pada 2009.

Kejuaraan dunia pertama Vettel pada 2010 ialah ketika dia berusia 23 tahun dan 134 hari, juara dunia paling muda dalam sejarah F1.

Dia berpindah ke Aston Martin tahun lepas setelah enam tahun bersama Ferrari, di mana dia muncul naib juara dunia dua kali di belakang Hamilton pada 2017 dan 2018.

Vettel mengakui masanya bersama Ferrari adalah satu kegagalan, ketika dia pergi tanpa dapat mencapai impian untuk menyamai pencapaian idolanya, Michael Schumacher yang memberikan kejuaraan dunia terakhir buat Ferrari.

Vettel ketinggala­n di kedudukan ke-12 dalam senarai keseluruha­n pemandu pada 2021 bersama pasukan baharunya selepas hanya naik podium sekali. Dia berada di kedudukan ke-14 tahun ini dengan hanya 15 mata setakat ini sekali tidak berlumba pada dua perlumbaan kerana dijangkiti COVID-19.

“Walaupun keputusan kami tidak sebagus yang kami harapkan, ia sangat jelas bagi saya bahawa semua yang kami lakukan untuk membentuk pasukan untuk memberikan saingan tertinggi di masa hadapan,” kata Vettel. — AFP

 ?? ?? VETTEL
VETTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia