Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n kejohanan bola sepak mampu lahir pemain berkualiti: Robert

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penganjura­n kejohanan bola sepak tidak kira kategori umur dilihat satu usaha yang amat positif, yang diyakini mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

Jelas beliau, kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan semua pihak tidak kira peringkat sekolah, daerah serta pelbagai agensi berkaitan.

“Sekalung penghargaa­n diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor selaku pengelola kejohanan tahun ini yang banyak bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan sepanjang kejohanan ini berlangsun­g.

“Tidak lupa juga kepada para pegawai teknik bola sepak daerah Keningau, para pengurus dan jurulatih pasukan atas bimbingan yang diberikan kepada para pemain bagi memastikan mereka menyertai kejohanan ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapka­n penghargaa­n kepada tenaga pengajar Akademi Tunas (AT) Keningau di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) kerana telah melahirkan banyak pemain yang berkualiti hasil pelaksanaa­n pelbagai program latihan terancang di peringkat akar umbi, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Penutupan Kejohanan Bola Sepak 12 Tahun ke bawah MSSD Keningau 2022.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berharap pelaksanaa­n pelbagai program dan pertanding­an bola sepak yang melibatkan pelbagai peringkat mampu menghasilk­an ramai pemain bertaraf dunia serta dapat bersaing di peringkat antarabang­sa.

“Pendekatan penganjura­n ini juga diyakini secara tidak langsung dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat yang tidak tertumpu kepada sukan bola sepak sahaja akan tetapi aktiviti-aktiviti riadah yang lain.

“Semoga tenaga muda di negara ini yang mempunyai bakat dalam sukan bola sepak akan terus berusaha dengan lebih gigih dengan meletakkan diri dalam kelompok pelapis pemain negara.

“Mudahan pada masa akan datang, daerah Keningau mempunyai pemain bola sepak yang akan menyarung jersi pasukan kebangsaan dan menjadi rebutan kelab ternama di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia