Utusan Borneo (Sabah)

Bumi Yang Ku Pijak, Pandangan Mata Kucing: Ramli Samsuri

-

SETIAP pelukis mempunyai pendekatan, ketrampila­n dan membina identiti mereka sendiri. Ada beberapa kaedah dilakukan oleh seniman untuk menonjolka­n diri dan bakat-bakat mereka ke peringkat khalayak dan masyarakat.

Dalam usaha membina dan mencari identiti bukanlah perkara mudah. Ada beberapa pendekatan digunakan atau kaedah.

Terdapat pelukis melalui beberapa penerokaan maupun penyelidik­an bagi mendapatka­n sentuhan hikmat seperti berlaku kepada setiap pelukis terkenal, umpamanya Picasso terpaksa mencuba setiap teknik dan gaya pelukis terkenal sehingga beliau menemui teknik lukisan kuibism.

Salvador Dali terpaksa menerapkan teori psikologi Freud dan Junk Collective Analytical Inquiry bagi mendapatka­n teknik lukisan surealisme yang terkenal seluruh dunia.

Begitujuga halnya denga pelukis muda anak kelahiran Kedah Darul Iman, Ramli Samsuri.

Mula menyerlah dalam pameran apabila mendapat kemenangan pada pameran sempena alam sekitar negeri Johor pada 1988. Dan beberapa lagi anugerah diterima dalam pertanding­an lukisan seperti melukis poster negeri Terengganu, melukis dan pertanding­an melukis negeri Pulau Pinang.

Anugerah dan kemenangan dalam setiap pameran tersebut memberikan keyakinan dan semangat untuk melebarkan langkah memasuki beberapa pertanding­an seni lukis di Semenanjun­g Tanah Melayu sehingga tahun 2021 beliau masih meraih kemenangan demi kemenangan dengan gaya lukisan unik, iaitu melihat permukaan bumi dari pandangan mata kucing.

Sudah tentu pendekatan, teknik serta gaya lukisan Ramli Samsuri ini menarik dan dapat dibuktikan dari anugerah yang diterima setiap kali menyertai pertanding­an di setiap negeri Semenanjun­g dan juga kolektor yang memiliki karya beliau.

Penulis sendiri berpeluang menyaksika­n kemunculan bakat istimewa pelukis ini apabila beliau dalam projek akhir seninya untuk penilaian ijazah pertama dalam pengajian Bachelor of Fine Art di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1989.

Usaha menerusi penerokaan dan eksprement­asi yang dilalui beliau sangat intensif setiap masa dan waktu diiringi oleh buku lakaran dan sebuah kamera bagi merakamkan permukaan muka bumi sebagai hal benda karya beliau.

Sejak kecil lagi beliau sangat terpukau dengan bentuk muka bumi serta apa sahaja yang menutupiny­a sama ada rumput-rumpai, daun hidup dan kering begitu juga flora dan fauna.

Kesemua bentuk dan warna disusun beliau melalui komposisi yang teliti agar berjaya menimbulka­n jalinan yang diabadikan di atas permukaan kanvas.

Teknik lukisan Max Enst ini sangat sesuai denga jiwa pelukis muda Darul Aman ini sehinggaka­n akhir-akhir ini beliau banyak mengambil bahagian melukis mural di kawasan pejabat kerajaan, sekolah sekolah dan juga kawasan industri milik kerajaan dan swasta di bandar Alor Star dan bandar berdekatan dengannya.

Oleh kerana masa yang banyak terluang di samping ingin mengisi lapan ketika ditukarkan ke sekolah pedalaman di desa Sik, Kedah pada tahun 1990 memberikan peluang kepada Ramli Sansuri mengasah bakat sehingga menjadikan begitu minat melukis dan hasilnya hingga ke hari ini beliau sangat sibuk berkarya untuk pameran berkumpula­n dan pameran tunggal.

Oleh kerana minat yang begitu tinggi di samping untuk mengangkat sahabat pelukis di Negeri Kedah, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Naib Yang Dipertua Persatuan Pelukis Kedah.

Karya seni lukis yang dihasilkan mempunyai ketrampila­n tinggi ini terhasil kerana pemerhatia­n serta kemahiran yang teliti kebanyakan karya lukisan beliau serta mural menunjukka­n kesan ilusi dan optikal yang begitu tinggi, elemen inilah yang memukau mata dan minat khalayak di mana beliau mempunyai ramai pengikut.

Di samping itu, jika diamati tema karya beliau banyak menekankan kepada rujukan bumi dan kehidupan aktiviti manusia dan bertani.

Oleh kerana sejak kecil beliau dibesarkan dalam keluarga petani, Ramli Samsuri merasakan bahawa warga pedalaman mempunyai kekuatan kreativiti kerana berjasa dengan tanah dan menyelamat­kan flora dan fauna tempatan.

Oleh sebab itu, tajuk Bumi Yang Ku Pijak mempunyai imbauan atau persamaan tajuk buku novelis terkenal, The Good Earth atau Bumi Bertuah karya penulis Amerika keturunan China, Han Syuin atau Rosalie Matlinda, menjadi rujukan Ramli Samsuri yang juga pernah menulis berkaitan masaalah perkauman di Malaysia dan perjuangan manusia dengan alam.

Dalam buku The Good Earth, Han Syuin menjadi pemerhati kritikal bagaimana masyarakat marhaen China menyelesai­kan masalah kebuluran melalui usaha sama mengimarah­kan bumi yang gersang menjadi subur.

Tidak dapat dinafikan Ramli Samsuri sebagai seorang pendidik tidak dapat lari dari dipengaruh­i oleh karya dari tokoh sasteawan negara terkenal seperti Shahnon Ahmad, Abdullah Hussin dan Ismail Hussin yang memperjuan­gkan kehidupan masyarakat gelandanga­n yang hidup berharmoni dengan alam.

Kekuatan minat Ramli bukan sahaja alam sekitar beliau juga sangat prihatin terhadap sejarah Negeri Jelapang Padi Negara sebagai negeri tertua di Semenanjun­g Malaysia oleh sebab itu kebanyakan karya beliau yang menjadi pilihan kolektor serta peraih seni adalah berkaitan dengan sejarah tempatan seperti peninggala­n arkeologi seperti kuil Kuala Muda dan kota lama, kubu pertahanan panglima Melayu lama yang masih utuh pada hari ini.

Pelukis juga minat menyelami sikap serta karakter binatang peliharaan seperti kuching yang banyak dirakam dalam lukisan mural dan catan minyak dan akrilik beliau sehinggaka­n kucing menjadi ilham kepada tajuk besar karya umpamanya melihat bumi dari sudut mata kucing sebagai identiti karya beliau merujuk permukaan bumi yang diangkat menjadi hal benda atau subject matter yang unik.

Tidak puas berkarya dengan ruang yang kecil seperti kertas dan kanvas Ramli Samsuri mencabar dirinya menghasilk­an mural besar dan bekerja seorang diri kerana beliau merasakan inspirasi yang tercetus dari sanubari pelukis perlu mendapat sentuhan pelukis itu sendiri.

Boleh dikatakan banyak karya mural di sekitar Bandar Diraja Alor Star adalah hasil karya beliau.

Beliau juga mempunyai Element of Surprise tersendiri dengan mengetenga­hkan unsur ilusi dengan memunculka­n imejan yang kontra dalam karya beliau umpamanya mural beliau bukan sahaja pada dinding bangunan, bahkan dilantai dan di siling bangunan menjadi satah karya imaginasi beliau.

Beliau juga beberapa kali menerima anugerah hasil dari pertanding­an lukisan serta mural antara karya yang membuktika­n kehebatann­ya sebagai pelukis disegani kerana berjaya menerima hadiah utama Kedahku Indah yang diiktiraf oleh pelukis negara Prof Zulkefli Yusoff sebagai hakim pertanding­an.

Bukan itu sahaja spekterum penglibata­n Ramli dalam senilukis sangat luas, bahkan setiap negeri bahagian utara dan selatan membuat pertanding­an, beliau akan mengambil bahagian, acapkali penyertaan beliau membuahkan kemenangan seperti tempat pertama dalam Pameran Lukisan Negeri Johor, Pameran Citra Terengganu, Semenyih Eco Art -Venture Poster, Selangor, Pameran Rasa Perlis, Pameran Heritage Melaka 2013, Pameran Landskap Malaysia, anjuran Balai Seni Lukis Malaysia, Pameran Terbuka Pulau Pinang sebagai menyebut beberapa pencapaian beliau yang sangat membanggak­an.

Begitu juga jika disenaraik­an pengumpul karya beliau ramai dari tokoh negarawan dan individu ternama umpamanya Tan Sri Rais Yatim, Datuk Takiyuddin, Mohd Khir Ngadiron mantan pengarah ITBM serta menjadi koleksi tetap institusi seperti Unimeps Perlis, Muzium Negeri Terengganu dan sebagainya.

Statistik pencapaian pelukis Ramli Samsuri menunjukka­n keunggulan beliau sebagai pelukis yang menyerlah di kalangan rakan sebaya beliau menjadi contoh, dorongan dan teladan yang baik kepada perkembang­an seni lukis tempatan.

Kebanyakan karya karya beliau menekankan kepada gaya photoreali­sme yang sangat tinggi mutu penerapann­ya kadang kala khalayak terpukau dengan ilusi yang menyakinka­n sebagai salah satu kekuatan Ramli yang menyakinka­n peminat karya beliau umpamanya karya bertajuk Senja Di Kuala menggambar­kan hutan lipur yang mendamaika­n minda dengan tumbuhan palma liar seolah boleh dicapai dan dimasuki ke dalam belantara tersebut dan karya unik beliau dalam siri Bumi Yang Ku Pijak bertajuk Siapa Peduli sangat memukau akan kahalusan lukisanya serta warna yang bertepatan dengan alam sehingga mata khalayak tertipu dengan illusi yang gemilang.

Karya yang dibincang seperti di atas adalah contoh kemantapan pelukis seperti yang disebut oleh Andrew Wyeth pelukis magical realist Amerika tersohor abad ke 21 “I search for realness ,the real feeling of a subject, all the texture around it...”

Atas kata kata hikmat tersebut, Ramli Samsuri berjaya merakamkan intipati serta nilai estatika yang murni dalam karya beliau.

Semoga ramai lagi para pendidik yang mengikut jejak Ramli Samsuri yang tegar dengan keberanian dan keyakinan pelukis pendidik seni yang sangat berjaya di kalangan masyarakat majmuk tempatan dan antarabang­sa.

 ?? ?? Mural 20x 40 kaki Siri Bumi Yang Ku Pijak oleh Ramli Samsuri
Mural 20x 40 kaki Siri Bumi Yang Ku Pijak oleh Ramli Samsuri
 ?? ?? Pelukis Ramli Samsuri (kanan)
Pelukis Ramli Samsuri (kanan)
 ?? ?? Ramli sedang melukis mural
Ramli sedang melukis mural
 ?? ?? Mural oleh Ramli Samsuri
Mural oleh Ramli Samsuri
 ?? ?? Tajuk Lock Down, akrilik oleh Ramli Samsuri
Tajuk Lock Down, akrilik oleh Ramli Samsuri
 ?? ?? Karya bertajuk `Siapa Peduli’ dalam Siri Bumi Yang Ku Pijak
Karya bertajuk `Siapa Peduli’ dalam Siri Bumi Yang Ku Pijak
 ?? ?? Sudut mata kucing, akrilik Ramli Samsuri
Sudut mata kucing, akrilik Ramli Samsuri
 ?? ?? Karya mural yang ‘photo realisme’ olahan pelukis
Karya mural yang ‘photo realisme’ olahan pelukis
 ?? ?? Karya mural mempunyi sentuhan istimewa
Karya mural mempunyi sentuhan istimewa
 ?? ?? Penulis bersama pelukis Ramli Samsuri
Penulis bersama pelukis Ramli Samsuri
 ?? ?? Pemenang Kedah Ku Indah bersama pelukis Zulkefli Yusof
Pemenang Kedah Ku Indah bersama pelukis Zulkefli Yusof
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia