Utusan Borneo (Sabah)

Avisena beri vaksin influenza kepada warga SAS

-

PUTRAJAYA: Avisena Healthcare Sdn Bhd (Avisena) semalam memberikan vaksin influenza kepada kira-kira 560 warga Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) di sini melalui program bantuan vaksinasi influenza bagi memberi kesedaran terhadap kepentinga­n vaksinasi dan secara tidak langsung dapat mengekang penularan jangkitan virus influenza di sekolah.

Ketua Jabatan Pembanguna­n Perniagaan dan Komunikasi Avisena Azuan Sulaiman berkata SAS merupakan sekolah berasrama penuh pertama yang terlibat dalam program vaksinasi tersebut dan mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

“Dalam fasa pertama program bantuan ini, kami menumpukan kepada sekolah berasrama penuh di sekitar Lembah Klang kerana kita tahu wabak influenza ini mudah tersebar dalam kalangan para pelajar.

“Melalui program yang dijalankan bersama sekolah berasrama penuh, Avisena menawarkan vaksin influenza kepada warga sekolah dan para pelajar bagi memudahkan urusan vaksinasi tanpa perlu ke fasiliti kesihatan,” katanya kepada Bernama semalam.

Mengenai program semalam, Azuan berkata proses pendaftara­n dan dokumentas­i dilaksanak­an secara dalam talian sebelum warga kerja SAS dan para pelajar mendapatka­n suntikan vaksin influenza.

“Pada hari ini (semalam), sesi saringan dijalankan untuk memastikan semua peserta yang berdaftar sihat sepenuhnya sebelum menerima vaksinasi. Kelancaran proses ini amat dititikber­atkan bagi memastikan masa yang diambil tidak mengganggu sesi pembelajar­an di sekolah,” katanya.

Beliau berkata 11 kakitangan termasuk empat vaksinator dari Avisena

Women’s and Children’s Specialist Hospital dan turut dibantu oleh wakil PIBG di SAS telah menjayakan program semalam.

Azuan berkata selain sekolah berasrama penuh, Avisena juga menyasarka­n untuk membawa program seumpama itu ke syarikatsy­arikat korporat secara berkelompo­k di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, AJK PIBG SAS Dr Iskasymar Ismail berkata program vaksinasi itu merupakan cetusan idea daripada ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak mereka yang tinggal di asrama.

“Setelah mengadakan perbincang­an, kami bersetuju untuk melaksanak­an program vaksinasi ini dan ia mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, penjaga dan pelajar itu sendiri.

Seorang pelajar Rifqy Hishamudea­n Husin berkata dia bersetuju untuk mendapatka­n vaksin influenza sebagai satu daripada langkah untuk mengekang penularan virus tersebut dalam kalangan pelajar.

“Lepas cucuk saya rasa ok saja. Proses pun sangat lancar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LINDUNGI DIRI: Matron Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital Raja Julailawat­i Raja Ali memberikan suntikan vaksin influenza kepada pelajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LINDUNGI DIRI: Matron Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital Raja Julailawat­i Raja Ali memberikan suntikan vaksin influenza kepada pelajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEKANG PENULARAN: Vaksinasi Influenza yang digunakan pada Program Vaksinasi Influenza.
— Gambar Bernama KEKANG PENULARAN: Vaksinasi Influenza yang digunakan pada Program Vaksinasi Influenza.
 ?? ??
 ?? ?? AZUAN
AZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia