Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Festival Bon Odori Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Lebih 20,000 orang memenuhi Esplanade, Padang Kota sempena Festival Bon Odori Pulau Pinang 2022 kelmarin.

Kebanyakan rakyat Malaysia dan pengunjung lain yang mengalu-alukan kembali acara itu selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, mengenakan busana Jepun dan menyertai tarian dengan penuh meriah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, sambutan itu dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pejabat Konsulat Jeneral Jepun dengan usaha bersepadu kedua-dua pihak menyumbang kepada kejayaan acara kelmarin.

Beliau berkata, Bon Odori adalah festival tradisiona­l Jepun yang disambut dengan tarian dan persembaha­n gendang bagi menyambut kepulangan roh nenek moyang.

“Pesta kebudayaan Jepun yang dinanti-nantikan ini diadakan setiap tahun dengan pelbagai makanan tempatan dan Jepun, pertunjuka­n bunga api, cenderahat­i Jepun, persembaha­n dan permainan yang meriah.

“Melihat di sebalik perayaan ini, Festival Bon Odori adalah bukti persahabat­an yang telah lama terjalin antara Pulau Pinang dan Jepun, ia adalah satu majlis yang patut diraikan kerana kita memupuk hubungan yang lebih dalam dan kukuh dengan rakan sejawatan Jepun, mewujudkan lebih banyak hubungan untuk persefaham­an bersama dalam eraglobali­sasiini, ”katanyapad­a perasmian Festival Bon Odori Pulau Pinang di sini kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko dan Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang Orikasa Hiroyuki.

Sementara itu, Katsuhiko berkata, Jepun amat menghargai kepelbagai­an budaya dan toleransi di Malaysia yang menjadi penggerak untuk menggalakk­an hubungan dua hala dalam semua aspek termasuk Festival Bon Odori ini.

Beliau berkata, festival tahunan itu telah diadakan hampir setengah abad di negara ini sebagai usaha untuk mempromosi dan mengeratka­n persahabat­an antara Malaysia dengan Jepun.

“Saya juga berharap kita semua dapat merasai keindahan pertukaran budaya antara Malaysia dan Jepun seperti yang digambarka­n dengan tarian Melayu yang baru kita hayati dan pelbagai persembaha­n budaya Jepun termasuk tarian Soran Bushi dan persembaha­n gendang Jepun oleh pelajar Sekolah Jepun Pulau Pinang selepas perasmian ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? DAYA TARIKAN: Pengunjung menggayaka­n pakaian tradisiona­l masyarakat Jepun kimono ketika menghadiri Festival Bon Odori Penang 2022 di Padang Kota Lama dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama DAYA TARIKAN: Pengunjung menggayaka­n pakaian tradisiona­l masyarakat Jepun kimono ketika menghadiri Festival Bon Odori Penang 2022 di Padang Kota Lama dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia