Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SK Kandawayon bantu jayakan aktiviti sekolah

- Oleh Hamzah Sanudin

RANAU: Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kandawayon di sini dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Benedict Gunda berkata, banyak aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah turut melibatkan ahli PIBG.

Katanya, kerjasama itu menggambar­kan kesepakata­n yang ditunjukka­n oleh ibu bapa dan warga sekolah di tahap yang terbaik.

“Saya bangga dengan kerjasama padu dan peranan PIBG di sekolah ini kerana mampu mempelbaga­ikan aktiviti demi mencapai matlamat kemajuan.

“Selain itu, kejayaan murid dari segi akademik, bidang sukan dan aktiviti lain juga menandakan kerjasama ibu bapa serta guru banyak memainkan peranan yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin dalam majlis perasmian Sambutan Hari Keluarga SK Kandawayon di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Kandawayon Naim Saidin@Ebit berkata, sambutan Hari Keluarga ini adalah program wajib sekolah bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara ibu bapa dan guru.

Katanya, kerjasama ini adalah pendorong kepada kecemerlan­gan murid dan memberi motivasi kepada warga sekolah.

“Saya berharap sambutan ini sentiasa dilaksanak­an dan terus menjadi program tahunan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Yang Dipertua SK Kandawayon Rozita Juanis; Penolong Kanan 1 Razali John Barantau; Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Julubin Harun; Setiausaha Pejabat Parlimen Suzi Munyan; dan Penolong Pembantu Pegawai Perhubunga­n Luar Parlimen Azman Abd. Aziz.*

 ?? ?? CENDERAKEN­ANGAN: Benedict (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Naim.
CENDERAKEN­ANGAN: Benedict (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Naim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia