Utusan Borneo (Sabah)

Polis keluar 62 saman pelbagai kesalahan lalu lintas

-

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluark­an sebanyak 62 saman pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Bersepadu di sekitar pusat bandar pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Batholomew Umpit berkata, operasi disertai lapan pegawai kanan dan 48 anggota polis termasuk empat Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia meliputi kawasan tumpuan orang ramai termasuk lokasi kerap berlaku jenayah.

“Turut dijalankan sekatan jalan raya, ‘snap check’ dan rondaan cegah jenayah, pemeriksaa­n di premis perniagaan, hotel bajet, pusat hiburan dan bistro,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, seramai 753 orang telah diperiksa melibatkan 520 kenderaan. Menurutnya, pasukan polis turut menahan dua lelakitemp­atanataske­salahan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.5 gram.

“Melalui ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati kedua-duannya positif mengambil dadah jenis amphetamin­e dan methamphet­amine,” jelasnya.

Katanya, selain itu seorang lelaki tempatan turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan melebihi had alkohol ditetapkan.

Batholomew berkata, operasi itu bagi mengesan pesalah lalu lintas dan pelumba haram agar tidak menggangu ketenteram­an awam di jalan raya yang membahayak­an pengguna jalan raya lain.

“Pemeriksaa­n tahap kandungan alkohol bagi setiap pemandu kenderaan juga dijalankan bagi memastikan setiap pemandu memandu dalam keadaan tidak melebihi had alkohol dibenarkan,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Pemeriksaa­n dijalankan ke atas sebuah premis dalam Ops Bersepadu sekitar bandar Bintulu, malam kelmarin.
PERIKSA: Pemeriksaa­n dijalankan ke atas sebuah premis dalam Ops Bersepadu sekitar bandar Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia