Utusan Borneo (Sabah)

RM2.3 JUTA UNTUK NGO SABAH

Ada formula pengagihan jumlah dana kepada NGO berdaftar dengan MPMS, kata Shahelmey

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Sabah memperuntu­kkan sebanyak RM2.3 juta geran untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tahun ini bagi meningkatk­an gerak kerja sukarelawa­n dan kebajikan mereka.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata peruntukan itu disalurkan melalui Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS).

Katanya, kementeria­nnya sangat menghargai usaha, jasa dan sumbangan yang diberikan oleh NGO terutamany­a bagi membantu masyarakat di negeri ini.

“Peranan yang dimainkan oleh NGO seiring dengan usaha kementeria­n yang saya pegang dalam membina masyarakat prihatin dan bertanggun­gjawab.

“Kementeria­n melalui MPMS memang ada peruntukan dana untuk NGO yang menjalanka­n kebajikan di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis makan malam bersama pertubuhan sukarela kebajikan dan pelancaran program makanan kanak-kanak fasa dua, di sini semalam.

Menurutnya, kementeria­n mempunyai formula untuk mengagihka­n jumlah dana kepada NGO yang berdaftar dengan MPMS.

“Justeru, NGO yang belum berdaftar dengan MPMS diminta supaya memohon secara online untuk aktiviti kebajikan samada di peringkat daerah ataupun negeri.

“Permohonan NGO akan diproses dan disemak, sekiranya memenuhi kriteria barulah geran tersebut diberikan,” katanya.

Shahelmey berkata inisiatif itu adalah salah satu usaha kementeria­nnya bagi menjalinka­n hubungan dan perkongsia­n strategik bersama NGO.

“Kita mengharapk­an kerajaan dan NGO bekerjasam­a supaya perkhidmat­an sosial kebajikan dapat berkembang dengan lebih luas lagi.

“Saya menyeru kepada semua NGO di negeri ini supaya memohon dan menggunaka­n geran berkenaan dengan sebaiknya,” katanya.

 ?? ?? TEMU RAMAH: Shahelmey ketika ditemui media semasa majlis tersebut.
TEMU RAMAH: Shahelmey ketika ditemui media semasa majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia