Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan kontena mengandung­i 142.56 tan gula terkandas

-

LABUAN: Sembilan kontena mengandung­i bekalan gula terkandas di pelabuhan kontena, Labuan Liberty Wharf sejak seminggu lepas.

Barang keperluan seberat 142.56 tan dalam kontena berukuran 10x20 kaki itu diimport dari Semenanjun­g untuk menampung keperluan tempatan.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain berkata gula itu diimport oleh tiga pemborong iaitu Pemborong Sazarice sebanyak 71.28 tan, Pemborong Chuan

Hut (47.52 tan) dan Pemborong Kelas Mahir (23.76 tan).

“Saya telah menghubung­i pemborong berkenaan dan difahamkan terdapat isu yang tidak dapat diselesaik­an antara pemborong dengan ejen dilantik mereka untuk membuat pelepasan dengan operator pelabuhan.

“Kami berharap mereka dapat menyelesai­kan isu ini secepat mungkin supaya kita dapat mencapai resolusi pada masalah kekurangan bekalan gula di pulau ini,” katanya kepada Bernama semalam.

Junaidah berkata semakin lama mereka (pemborong) membiarkan bekalan gula itu terkandas di pelabuhan, caj yang perlu ditanggung juga akan bertambah.

Beliau berkata Labuan mengalami masalah kekurangan bekalan gula sejak hujung tahun lepas dengan semua pasar raya dan pasar raya besar meletakkan had pembelian kepada satu peket gula bagi setiap pelanggan.

“Adakalanya pasar raya dan pasar raya besar ini kehabisan stok gula,” katanya.

Junaidah berkata KPDNHEP telah meluluskan sembilan pemborong di sini untuk mengimport gula daripada dua pembekal utama di Semenanjun­g iaitu Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam, Selangor dan Malayan Sugar Refinery (MSM) Perlis dan Johor.

Menurutnya, Labuan memerlukan sekurangku­rangnya 120 tan gula setiap bulan untuk bekalan kira-kira 110,000 penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia