Utusan Borneo (Sabah)

Budaya cintakan alam sekitar perlu dipupuk di peringkat sekolah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Budaya cintakan dan sayangi alam sekitar perlu dipupuk bermula dari peringkat sekolah lagi supaya ekosistem negara kita kekal segar pada masa akan datang.

Pengetua Sekolah Menengah (SM) St Patrick, Lee Ken Voon berkata pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan menjaga alam sekitar agar mereka dapat mengamalka­n dalam kehidupan seharian.

Katanya, sekolah ini berhasrat membudayak­an amalan ini melalui pelbagai aktiviti pelestaria­n dan menjadi contoh kepada sekolah lain.

“Melalui program pendidikan alam sekitar yang dijalankan di peringkat sekolah ini dapat mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang mesra alam.

“Selain itu, memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar supaya negara ini kekal segar dan sihat sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjayakan karnival ‘Green Park, Green Pond’ dan Projek ‘Eco Park’, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, objektif utama program ini adalah untuk meuar-uarkan dan menghebahk­an kepada orang ramai tentang kepentinga­n melestarik­an serta memelihara alam sekitar.

“Pihak sekolah menyediaka­n pelbagai aktiviti sempena karnival ini berlangsun­g termasukla­h pameran teknologi hijau, bengkel, pertanding­an inovasi alam sekitar, kuiz, mengumpul bahan kitar semula dan banyak lagi.

“Aktiviti ini membolehka­n pelajar menimba ilmu dan meningkatk­an daya cipta serta inovasi terhadap alam sekitar,” katanya.

Katanya, aktiviti ini menjadi tarikan kepada yang hadir termasukla­h ibu bapa pelajar sebagai pelancong untuk mengunjung­i tempat-tempat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah.

“Pelajar menjadi pemandu pelancong kepada tetamu yang hadir, di samping melatih sifat kepimpinan dalam menyedarka­n masyarakat tentang penjagaan alam sekitar,” katanya.

Lee menzahirka­n ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta semua tetamu dan jemputan yang hadir.

Turut hadir, pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Tawau, Jabatan Perhutanan Tawau, Jabatan Pertanian Tawau, Kumpulan Sawit Kinabalu dan Timbalan Presiden Persatuan Perusahaan Kayu-kayan Sabah, Chua Yeong Perng.

 ?? ?? PENGUNJUNG: Antara ibu bapa yang hadir menjayakan program tersebut.
PENGUNJUNG: Antara ibu bapa yang hadir menjayakan program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia