Utusan Borneo (Sabah)

MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatan­gani sepanjang MAHA 2022

-

KUALA LUMPUR: Beberapa memorandum persefaham­an (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatan­gani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsun­g dari 4 hingga 14 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata MAHA 2022 juga dijangka menghasilk­an lebih RM250 juta potensi nilai jualan.

“Ini tidak termasuk sesi padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat ejen pemasar dari luar negara sebagai satu daripada usaha untuk membawa hasil serta produk agromakana­n tempatan ke pasaran antarabang­sa,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai jangkaan manfaat yang akan terhasil menerusi penganjura­n MAHA pada tahun ini.

Ronald berkata penganjura­n MAHA 2020 bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ turut menyediaka­n peluang kerjaya kepada golongan muda serta graduan yang sedang mencari pekerjaan menerusi Program Jamin Kerja dalam segmen Agro Job Fair.

“Lebih 100 syarikat akan turut serta dalam program ini yang menawarkan lebih 15,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Ronald berkata penganjura­n MAHA 2022 akan menjadi platform utama dalam usaha kerajaan melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memacu pemulihan sektor agromakana­n negara selain membantu usahawan tani untuk pulih semula dari aspek penjanaan sumber pendapatan dan seterusnya menjamin sekuriti makanan negara. Beliau berkata MAHA 2022 yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor mempamerka­n sebanyak 1,500 reruai pameran dan gerai jualan pemain industri dan usahawan tempatan.

Menurutnya, pelaksanaa­n MAHA 2022 buat julung kalinya akan dianjurkan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya.

 ?? ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia