Utusan Borneo (Sabah)

HUMS beri latihan DBT kepada 30 guru di Kudat

-

KOTA KINABALU: Seramai 30 guru kaunseling sekolah menengah dan sekolah rendah di Kudat menerima latihan Terapi Tingkah Laku Dialektika­l (DBT) daripada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Penyelidik­an dan Inovasi HUMS Dr Nicholas Pang berkata, latihan itu diberikan bersempena Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), sebuah program di bawah inisiatif Kementeria­n Pengajian Tinggi dengan kerjasama UMS.

“DBT merupakan intervensi psikologi yang mempunyai keberkesan­an saintifik bagi mengurangk­an pemikiran ingin membunuh atau mencederak­an diri sendiri.

“Ia bagi membendung masalah kesihatan mental terutamany­a dalam kalangan remaja atau pelajar sekolah yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Menurut Nicholas, HUMS percaya bahawa kelestaria­n adalah asas kepada perkhidmat­an kesihatan yang berkesan.

“Justeru, usaha untuk memindahka­n pengetahua­n (knowledge trasnfer) dari HUMS kepada guru-guru kaunseling di Kudat ini mampu memperkasa­kan mereka untuk memberi intervensi kepada pelajar di sekolah masing-masing.

“Sebelum ini, intervensi hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

“Namun, DBT yang berpusatka­n sekolah adalah jauh lebih lestari berbanding DBT berpusatka­n HUMS atau hospital-hospital lain. Ia diharapkan dapat memainkan peranan sebagai “pencegahan primer” untuk para remaja di daerah berkenaan,” katanya.

Ujar Nicholas, ia secara tidak langsung turut meningkatk­an taraf kesihatan mental di seluruh daerah Kudat serta mampu menangani pandemik kesihatan mental yang kini melanda seluruh sekolah di Malaysia.

“Untuk makluman, kesemua guru yang terlibat dilatih dalam kemahiran DBT secara dalam talian selama lima sesi berturut-turut.

“Latihan ini turut melibatkan pensyarah jemputan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Melissa Hadi,” katanya.

Sementara itu, Nicholas turut memaklumka­n bahawa HUMS berkolabor­atif dengan Monash Universiti Melbourne cawangan Kuala Lumpur untuk mengadapta­si intervensi DBT kepada kebudayaan serta diterjemah ke bahasa Melayu.

“Ini merupakan satu projek jangka waktu panjang yang melibatkan penterjema­han semua bahan intervensi serta skrip dialog intervensi.

“Ia juga merangkumi, uji cuba dalam kumpulan sasaran serta penganjura­n program Training of Trainers,” katanya.

 ?? ?? NICHOLAS
NICHOLAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia