Utusan Borneo (Sabah)

Kerugian penipuan visa furada cecah RM5 juta setakat Julai

Melibatkan 336 mangsa penipuan tiga syarikat pelanconga­n swasta

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 132 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunaka­n visa furada direkodkan setakat Ahad lepas membabitka­n kerugian lebih RM5.6 juta.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata laporan yang diterima setakat 31 Julai lepas itu melibatkan 336 orang yang menjadi mangsa penipuan tiga syarikat pelanconga­n swasta.

Menurutnya Kuala Lumpur mencatatka­n bilangan laporan tertinggi iaitu 52 membabitka­n kerugian kira-kira RM2.3 juta diikuti Selangor dengan 33 laporan melibatkan kerugian

“Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 dan Terengganu dua laporan babitkan kerugian RM76,000 manakala masingmasi­ng satu laporan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang melibatkan ” kerugian RM48,000.

RM966,100.

Sementara itu, 18 laporan melibatkan kerugian kirakira RM1.2 juta diterima di Pahang manakala tujuh laporan di Johor dengan kerugian RM226,500 dan masing-masing enam laporan diterima di Kelantan dan Perak membabitka­n kerugian keseluruha­n RM483,000.

“Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 dan Terengganu dua laporan babitkan kerugian RM76,000 manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang melibatkan kerugian RM48,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Noorsiah berkata 23 kertas siasatan telah dibuka dengan lima daripadany­a telah lengkap dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutny­a.

Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang menggunaka­n visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan agensi pelanconga­n swasta.

Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin Setiausaha Polis Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia