Utusan Borneo (Sabah)

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept

-

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabka­n kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualka­n semalam di Mahkamah Majistret di sini, ditangguhk­an ke 8 September.

Majistret Nadia Othman menetapkan 8 September untuk menyambung perbicaraa­n selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumka­n bahawa pihak-pihak telah bersetuju supaya tarikh baharu ditetapkan.

“Tarikh-tarikh yang dipersetuj­ui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan ialah pada 8, 12 dan 14 September; 14 dan 26 Oktober serta 17 dan 18 November,” kata Nur Aishah.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal mengesahka­n perkara itu.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Nur Aishah berkata sepatutnya perbicaraa­n diteruskan dengan saksi pendakwaan pertama iaitu anak lelaki kepada SM Faisal dan Emilia, yang berusia 15 tahun menyambung keterangan­nya semalam dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

“Bagaimanap­un, perbicaraa­n hari ini (semalam) dilapangka­n berikutan majistret yang mendengar kes ini berdepan dengan hal kecemasan,” kata Nur Aishah.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfield­s di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Perbicaraa­n kes SM Faisal yang didakwa menyebabka­n kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualka­n semalam di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, ditangguhk­an ke 8 September.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Perbicaraa­n kes SM Faisal yang didakwa menyebabka­n kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualka­n semalam di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, ditangguhk­an ke 8 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia