Utusan Borneo (Sabah)

Kepulangan wira disambut ribuan peminat

Skuad wanita England diraikan dengan perarakan setelah menjuarai Euro 2022

-

LONDON: Pemain bola sepak wanita England melalui perarakan kemenangan di kota London di hadapan ribuan peminat yang bergembira selepas menjuarai kejuaraan bola sepak yang pertama negara itu sejak Piala Dunia 1966.

Sekitar 7,000 orang berkampung di Medan Trafalgar untuk memberikan sokongan ketika pemain membawa trofi Eropah selepas menewaskan Jerman 2-1 di final.

Satu rekod kejohanan untuk jumlah penonton – 87,192 orang – di Stadium Wembley untuk merasai pengalaman pertama memenangi kejuaraan bola sepak pada Ahad dan penyiaran BBC berkata lebih dari 23 juta tontonan di televisyen atau atas talian.

“Kami berkata bahawa kami mahu mencipta satu legasi tentang kemenangan dan itulah yang kami lakukan,” kata kapten England, Leah Williamson ketika memberitah­u orang ramai yang hadir di Medan Trafalgar.

“Pesta tidak akan berhenti!” tambahnya selepas skuadnya berjaga sehingga awal pagi untuk meraikan kemenangan bersejarah itu.

“Pasukan ini suka bekerjaker­as tetapi kami juga sememangny­a suka berpesta.”

Chloe Kelly, yang menjaringk­an gol kemenangan dalam masa tambahan, berkata dia “lebih teruk”. “Saya tidak berhenti menari!” katanya.

Kerabat diraja British, pemimpin politik, legenda bola sepak dan golongan remaja memuji perubahan dalam sukan bola sepak wanita.

Pasukan bola sepak lelaki England gagal memenangi kejuaraan Euro tahun lepas apabila tewas di final menerusi penentuan sepakan

“Kami berkata bahawa kami mahu mencipta satu legasi tentang kemenangan dan itulah yang kami ” lakukan.

penalti kepada Itali, sekali gus menyebabka­n England masih gagal memenangi sebarang kejuaraan bola sepak sejak Piala Dunia 1966.

Bukan hanya tewas di final, perlawanan yang turut diadakan di Stadium Wembley itu dicemari kekecohan oleh segelintir penyokong England.

Pada Isnin, suasana lebih meriah dan mesra keluarga sepanjang kejohanan itu berterusan ketika sambutan meraikan kejuaraan di tengah London.

“Saya benar-benar gembira,” kata seorang peminat, Lauren yang berusia lapan tahun ketika bersama-sama adik lelakinya.

“Ia sangat hebat. Kami bergembira di sini,” kata ibu Lauren, Lisa Christie

Christie berkata ketika Lauren adalah seorang peminat bola sepak, pasukan gabungan jantina hanya ada empat pemain perempuan.

“Kita memerlukan lebih ramai pemain wanita dan saya berharap sekarang kita akan mendapatka­nnya.”

Peminat yang tidak dapat ke Medan Trafalgar berkumpul di tangga Galeri Kebangsaan untuk cuba melihat wirawati mereka.

Jurulatih England, Sarina Wiegman, kapten Leah Williamson dan penjaring gol, Ella Toone dan Kelly, mengetuai skuad naik ke pentas dengan diiringi sorakan kuat.

Ditanya tentang perasaanny­a, Wiegman berkata: “Agak bagus. Gembira melihat anda semua di sini, terima kasih kerana datang,” sementara Williamson berkata: “Saya fikir kami berpesta lebih banyak dari bermain bola sepak dalam 24 jam terakhir!”

Williamson berkata, dia berharap kejohanan akan membawa kepada perubahan berpanjang­an dalam sukan bola sepak di seluruh dunia.

“Saya fikir legasi kejohanan yang sudah dihasilkan sebelum final, dengan remaja perempuan dan wanita boleh melihat dan menjadikan apa yang kami lakukan sebagai inspirasi,” katanya. “Kami sudah mengubah sukan ini dan berharap di dalam negara ini dan di seluruh dunia.”

Kapten skuad lelaki England, Harry Kane, membuat ciapan kepada Toone pada Ahad: “Tunduk kepada penyudah itu (jaringan gol).

Kelly, merujuk kepada cara meraikan gol kemenangan apabila menanggalk­an jersinya, berkata: “Baju tidak akan ditanggalk­an!”

Konfetti berterbang­an sekali lagi ketika pemain England menjulang trofi buat kali kedua, dengan Wiegman kemudian diminta untuk menjulang trofi dengan sendiri.

Skuad kemudian menyanyi lagu ‘Sweet Caroline’ dan ‘Freed From Desire’ — ditukar kepada “Beth Mead’s on Fire” sebelum Rachel Day mengambil mikrofon dan mengetuai nyanyian ‘River Deep, Mountain High’.

Leah Williamso Kapten England

 ?? — Gambar AFP ?? CUKUP MERIAH: Pemain England meraikan kemenangan di Trafalgar Square tengah London kelmarin, sehari selepas menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan final Euro Wanita 2022.
— Gambar AFP CUKUP MERIAH: Pemain England meraikan kemenangan di Trafalgar Square tengah London kelmarin, sehari selepas menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan final Euro Wanita 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia