Utusan Borneo (Sabah)

Serie B: Fabregas ikat kontrak bersama Como

-

ROM: Bekas pemain tengah antarabang­sa Sepanyol, Cesc Fabregas, yang juga pernah memenangi Piala Dunia 2010, menandatan­gani kontrak bersama kelab Como dan diperkenal­kan secara rasmi oleh kelab Serie B (divisyen dua Itali) pada Isnin.

“Saya mahu membawa Como kembali ke tempat selayaknya, dalam Serie A,” kata Fabregas dalam satu sidang media.

“Saya tidak mengejar wang. Saya mencari satu projek yang memberikan saya semangat,” tambahnya sambil menegaskan bahawa dia komited untuk “jangka panjang” projek melebihi kontrak dua tahunnya dan ada memikirkan untuk menjadi pemegang saham kelab, yang diuruskan oleh bekas pemain tengah England dan Chelsea, Dennis Wise.

Fabregas, yang pernah bermain bersama kelab Arsenal, Barcelona dan Chelsea, mengharung­i musim mengecewak­an musim lepas dan tidak beraksi dalam skuad utama Monaco selepas bulan September.

“Dari segi peribadi, ia (musim) berakhir dengan buruk, itu apa yang pastinya. Setiap pemain profesiona­l mahu bermain dan berasa penting,” katanya, mendakwa mengalami musim “paling buruk” sepanjang kariernya.

“Saya masih mahu bermain. Saya tidak mahu berakhir seperti ini. Musim lepas berakhir dengan buruk, saya mahu berasa gembira, menamatkan­nya dengan gembira,” tambahnya sambil menambah bahawa dia mahu menyertai sebuah kelab di mana dia “akan bermain, di mana orang percaya dengan saya”.

Kelab Como, yang ditubuhkan pada 1907, menamatkan saingan Serie B di tangga ke-13 musim lepas. Como memulakan musim mereka dengan menentang kelab Serie A, Spezia dalam aksi Piala Itali Sabtu ini.

Fabregas berkata dia tidak tahu jika dia akan cergas untuk bermain pada Sabtu tetapi jika tidak, akan ada peluang lain.”

 ?? ?? FABREGAS
FABREGAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia