Utusan Borneo (Sabah)

WIPERS A dan Sukma Sabah A juara Bola Tampar Pantai Terbuka kategori Lelaki, Wanita UMSKAL 2022

-

LABUAN: Pasukan WIPERS A dan Sukma Sabah A muncul juara Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka UMSKAL 2022 kategori Lelaki dan Wanita yang melabuhkan tirainya di Gelanggang Bola Tampar Pantai UMSKAL pada Ahad lalu.

Di perlawanan akhir, WIPERS A yang dibarisi Ridzwan Rahman, 22 dan Al-Rashid Kungkoy, 23 mengatasi cabaran rakan sepelatih WIPERS B yang dianggotai Mohd Qayyum Awg Tahir dan Bakri Safwan, 17-21, 24-22, 15-12.

Ridzwan Rahman dan AlRashid Kungkoy mengucapka­n terima kasih kepada jurulatih Dr Ahmad Fadly Abdul Rahman yang membimbing mereka dan berharap mampu memberikan saingan sengit di Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

“Sebagai wakil Wilayah Persekutua­n, kami akan memberikan saingan sengit kepada pasukan lain di SUKMA bulan depan,” katanya ditemui selepas tamat perlawanan akhir.

Bagi kategori Wanita, pasukan Sukma Sabah A muncul juara selepas menewaskan pasukan VICS dari Labuan, 21-16, 21-17.

Sukma Sabah A yang diwakili Farah Mimie Muhamad Johan dan Zuliza Pilihan berkata kemenangan itu menyuntik semangat mereka yang akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Pasukan itu yang dilatih Roziati Ibrahim bersedia untuk memberikan saingan kepada pasukan lain.

Pemain VICS yang diwakili Stephenie Jane Henry dan Merissa Lim May Yin juga pernah beraksi untuk pasukan Sukma Wilayah Persekutua­n pada 2011 - 2013.

Tempat ketiga bersama kategori Lelaki dimenangi Victory (Bomba Malaysia) dan United dari Perak.

Manakala kategori Wanita diraih pasukan Rhinos Sabah dan Eagle B dari Kedah.

Sementara itu, Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Dr Ahmad Fadly Abdul Rahman mengucapka­n terima kasih kepada semua peasukan yang menyertai kejohanan yang berlangsun­g pada 29 – 31 Julai 2022.

“Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu menjayakan kejohanan tersebut termasuk para penaja iaitu MAJU Universal Engineerin­g, SKOM, DIP Jaya Enterprise, Multi Unlimited dan Hintati Recycling Sdn Bhd.

“Tidak lupa kepada semua pengadil yang diketuai Mohd Mazlan Ahmad.

“Terima kasih juga kepada semua AJK Penganjur yang terdiri daripada staf dan pelajar UMSKAL sendiri,” katanya.

Sebanyak 26 pasukan Lelaki dan 10 pasukan Wanita termasuk dari Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur, Perlis, Sabah, Bomba Malaysia. WP Labuan selain kelab-kelab dari Sabah dan WP Labuan menyertai kejohanan yang dianjurkan Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500, naib juara RM300 dan ketiga bersama RM100.

Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut menyaksika­n perlawanan akhir itu ialah Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail, Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Labuan, Zulhelmi Amran, Pengurus Pasukan Wilayah Persekutua­an, Johan Junior Ong, Wakil Persatuan Bola Tampar Sabah, Affandy Awang. Pengurus V3 Sport, Loh Ai Min, Jurulatih Perak, Wan Kok Ping dan Setiausaha Persatuan Bola Tampar Kedah, Lee Khoon Por.

 ?? ?? TAHNIAH: Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyampaik­an hadiah kepada pemain WIPERS A. Turut kelihatan Dr Ahmad Fadly (dua kiri).
TAHNIAH: Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyampaik­an hadiah kepada pemain WIPERS A. Turut kelihatan Dr Ahmad Fadly (dua kiri).
 ?? ?? SYABAS: Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Labuan, Zulhelmi Amran menyampaik­anhadiah kepada pemain Sukma Sabah A sambil diperhatik­an Ahmad Fadly (kiri).
SYABAS: Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Labuan, Zulhelmi Amran menyampaik­anhadiah kepada pemain Sukma Sabah A sambil diperhatik­an Ahmad Fadly (kiri).
 ?? ?? HEBAT: Juara, naib juara dan ketiga kategori wanita.
HEBAT: Juara, naib juara dan ketiga kategori wanita.
 ?? ?? KEJAYAAN: Dr. Mohamad Rizal (kanan) dan Ahmad Fadly (kiri) bersama pemain WIPERS A dan pemain Sukma Sabah A.
KEJAYAAN: Dr. Mohamad Rizal (kanan) dan Ahmad Fadly (kiri) bersama pemain WIPERS A dan pemain Sukma Sabah A.
 ?? ?? TERBAIK: Juara, naib juara dan ketiga kategori lelaki.
TERBAIK: Juara, naib juara dan ketiga kategori lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia