Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Kedah seru umat Islam bina keluarga ikut lunas agama

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah menyeru seluruh umat Islam supaya berusaha membina keluarga bahagia dan penyayang mengikut lunas ajaran serta panduan agama.

Sultan Sallehuddi­n bertitah keluarga yang penyayang dan harmoni berkait rapat dengan keredaan serta keberkatan daripada Allah SWT yang tidak boleh diabaikan sama sekali, kerana keredaan itu menjadikan kehidupan berkeluarg­a sentiasa tenang dan mendapat bantuan Allah pada waktu susah dan senang.

“...manakala keberkatan pula membawa kebahagiaa­n dan keharmonia­n yang berterusan… apabila rumah tangga itu dibina dengan asas yang sempurna dan sah, maka ia akan mendapat keredaan Allah SWT,” titah baginda secara dalam talian semasa merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444/2022 peringkat negeri di sini semalam.

Sultan Kedah juga bertitah bahawa suami yang bergelar ketua keluarga mesti berusaha sedaya upaya mencari rezeki halal untuk anak dan isteri.

“Setiap makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak dan isteri akan menjadidar­ah daging. Jika makanan itu diperolehi daripada sumber yang tidak halal sama ada makanan tersebut sendiri yang tidak halal atau dibeli dengan cara yang tidak halal, maka ia akan merosakkan jiwa anakanak dan mewarnai kotoran dalam hati isteri.

“Ia juga akan memberi kesan yang negatif kepada pembentuka­n akhlak anakanak nanti. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi ketua keluarga menjaga punca rezeki serta makanan mereka, agar cahaya keimanan mudah masuk ke dalam hati sanubari dan terpelihar­a daripada azab neraka,” titah baginda.

Sehubungan itu, bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini yang memfokuska­n kekeluarga­an, baginda menyeru seluruh umat Islam agar memberi keutamaan dan perhatian khusus dalam aspek pembinaan keluarga.

“...oleh itu, sematkanla­h azam dan tekad untuk membina negara yang maju dan makmur melalui pembinaan keluarga yang bahagia dan harmoni. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mencurahka­n rahmat dan hidayahNya kepada seluruh umat Islam di negeri Kedah ini,” titah baginda.

Sultan Sallehuddi­n juga menyeru umat Islam khususnya di negeri ini agar menghayati semangat hijrah dan menterjema­hkan secara syumul dalam menjalani kehidupan berkeluarg­a atau secara individu.

Pada majlis itu, Pengasas Haji Ismail Group (HIG) di Langkawi Allahyarha­m Ismail Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444/2022 Negeri Kedah.

Balu Allahyarha­m, Yah Othman, 77, menerima anugerah itu.

Ismail meninggal dunia pada 5 Sept 2006 berikutan komplikasi penyakit kronik termasuk diabetes, darah tinggi dan jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia