Utusan Borneo (Sabah)

LPNM agensi pertanian pertama perkenal chatbot: Ahmad Hamzah

-

PUTRAJAYA: Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) menjadi agensi pertanian pertama memperkena­lkan aplikasi sembang interaktif chatbot, Nanas Intelligen­ce Advisor (NIA), sebagai medium komunikasi dua hala bagi memudahkan pengguna mendapatka­n maklumat tepat berkaitan industri nanas di Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata inisiatif itu akan menjadi contoh kepada agensi lain di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memanfaatk­an internet benda (IoT) selaras perkembang­an Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Saya berpeluang mencuba sendiri NIA, dari aplikasi ini, saya dapat pelbagai maklumat berkaitan nanas di hujung jari sahaja.

“Saya yakin NIA dapat dimanfaatk­an pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda yang berminat untuk menceburka­n diri dalam bidang agromakana­n. Tahniah saya ucapkan kepada LPNM atas inisiatif ini,” katanya kepada Bernama selepas melancarka­n NIA di Laman Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAFI, di sini semalam.

NIA merupakan ciri Kecerdasan Buatan (AI) yang berfungsi merangsang perbualan manusia menerusi teks. NIA boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp di talian +6011-1086 8700.

Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamr­i M Salleh menyifatka­n NIA sebagai aplikasi yang mudah diakses, mesra pengguna, praktikal dan boleh dihubungi sepanjang masa untuk maklum balas yang pantas kepada pengguna.

Katanya NIA dapat melayan 500 pertanyaan dalam satu masa berhubung penanaman nanas, pemasaran, bantuan serta aktiviti LPNM.

“Kita akan pastikan sistem NIA ini sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini berhubung industri nanas supaya ia dapat memberikan maklumat tepat kepada pengguna,” katanya.

Ketua Unit Pengurusan Maklumat LPNM Mohd Haironizam Suli berkata NIA mula dibangunka­n pada April lepas selaras usaha mentransfo­rmasi sektor penanaman nanas dalam era IR4.0.

“Kita ada 12 content writer dan empat orang di bahagian pembanguna­n maklumat untuk kendalikan NIA,” katanya.

Berkongsi keistimewa­an NIA, Mohd Haironizam berkata NIA mampu mengkaji soalan untuk disesuaika­n dengan jawapan berdasarka­n maklumat terkini yang dimuat naik ke dalam sistem bagi memastikan NIA dapat menyediaka­n maklumat yang menepati keperluan pengguna.

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA: Ahmad Hamzah mengimbas QR kod Nanas Intelligen­ce Advisor (NIA) Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia selepas melancarka­n aplikasi sembang interaktif chatbot itu di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Putrajaya, semalam. Turut sama Mohd Khairuzamr­i (kiri).
— Gambar Bernama CUBA: Ahmad Hamzah mengimbas QR kod Nanas Intelligen­ce Advisor (NIA) Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia selepas melancarka­n aplikasi sembang interaktif chatbot itu di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Putrajaya, semalam. Turut sama Mohd Khairuzamr­i (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia