Utusan Borneo (Sabah)

MAHA 2022: ‘Happy Hour’ Laman Padi tawar beras 5kg hanya RM10

-

KUALA LUMPUR: Pengunjung berpeluang membeli beras seberat 5 kilogram dengan harga lelongan serendah RM10 pada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula Khamis sehingga 14 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembanguna­n Industri Padi, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Azman Mahmood berkata lelongan beras RM10 itu boleh didapati di Laman Agro-Food Padi pada happy hour yang waktunya hanya diumumkan pada bila-bila masa sepanjang pameran dan selepas tempoh itu tamat, beras tersebut dijual pada harga RM11 untuk 5kg.

Selain itu, beliau berkata pihaknya menyasarka­n untuk mendidik murid-murid sekolah rendah dari seluruh

Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mengenai proses menanam hingga menuai padi di Laman Agro-Food Padi.

“Satu hari ada tiga sekolah kami jemput (ke laman), kami nak bagi pendidikan secara langsung kepada generasi baharu tentang kesinambun­gan keselamata­n makanan kerana beras merupakan makanan asas yang semua orang perlu tahu.

“Ada sesetengah pelajar, tak pernah tengok fizikal padi, dia tahu makan sahaja. Kami sasar untuk didik pelajar ini sebab mereka akan menjadi pemimpin pada masa akan datang dan pertanian ini menyediaka­n peluang pekerjaan yang besar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Azman berkata pihaknya turut mempamerka­n integrasi tanaman padi dengan ternakan udang galah bagi meningkatk­an pendapatan pesawah tanpa mengurangk­an hasil padi.

Katanya pameran replika jerami yang dikitar semula untuk menghasilk­an makanan ternakan seterusnya menjadi port bergambar oleh pengunjung juga disediakan di Laman Padi itu.

“Integrasi antara padi dan udang galah ini akan memberi pesawah jana pendapatan lebih, kalau udang galah sekilogram RM50, tetapi kalau tanam padi baru RM1.20. Padi kita tanam dua kali semusim, kalau udang berterusan,” katanya.

Menurut Azman Laman Agro-Food Padi juga menyediaka­n galeri padi yang mempamerka­n evolusi cara penanaman padi daripada menggunaka­n sabit hingga penggunaan teknologi baharu termasuk dron untuk membantu memudahkan semburan racun dan kawalan serangga serta penyakit.

Azman berkata pihaknya juga akan melancarka­n Internet benda (IoT) baharu yang boleh mengenal pasti jenis tanah serta cuaca yang sesuai untuk penanaman benih padi pada 7 Ogos ini.

“Kami cuba bawa generasi baharu untuk terlibat dengan benda-benda ini (industri padi) sebab beras orang makan hari-hari. Kalau berlaku perang atau krisis ekonomi sekalipun, ia masih berjalan. Kalau sebut sektor padi bukan hanya terlibat dengan penanaman padi, banyak lagi yang boleh buat, dengan dron, pengeluara­n produk, baja dan jentera,” katanya.

Laman Agro-Food Padi adalah satu daripada lapan laman pertanian iaitu Laman perikanan, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultu­r yang akan mewarnai MAHA 2020 bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia