Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan pengusaha nanas disasarkan RM8,000 sebulan

-

PUTRAJAYA: Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) menyasarka­n peningkata­n purata pendapatan pengusaha nanas negara ini kepada RM8,000 sebulan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berbanding RM5,000 sekarang, kata Ketua Pengarahny­a Mohd Khairuzamr­i M Salleh.

Beliau berkata pihaknya optimis mencapai sasaran itu susulan kejayaan 90 peratus pengusaha nanas yang dilahirkan hasil program LPNM berjaya memperoleh­puratapend­apatan RM5,000 sebulan, sekali gus dapat mengeluark­an mereka daripada Kumpulan B40.

“Bagi RMK12 (2021-2025), kita yakin dapat tingkatkan (pendapatan) melalui pelbagai bantuan yang LPNM tawarkan. Walaupun nanas bukan makanan ruji tetapi kita kena lihat potensi nanas secara menyeluruh,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran aplikasi sembang interaktif chatbot Nanas Intelligen­ce Advisor (NIA), di sini semalam.

Beliau berkata nanas bukan sahaja sumber makanan malah pelbagai produk dapat dihasilkan daripada tanaman itu antaranya benang daun nanas, kertas, palet makanan haiwan ruminan, produk kecantikan dan bongkah tanaman cendawan menggunaka­n sisa daun nanas.

“Bila kita lihat kepada kepelbagai­an produk ini, LPNM jangkakan satu pokok nanas dapat jana pendapatan sebanyak RM50 di masa hadapan berbanding RM20 ketika ini. Ini dapat tingkatkan pendapatan pengusaha nanas,” katanya.

Ketika ini, katanya terdapat 17,000 hektar ladang nanas di seluruh negara dengan 60 peratus daripadany­a merupakan ladang di Pontian dan Kluang, Johor.

Menurutnya, setiap hektar tanaman mampu keluarkan hasil sebanyak 60 tan.

Selaras dengan Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang bersifat inklusif dalam pemodenan pembanguna­n pertanian negara serta jaminan bekalan makanan, Mohd Khairuzamr­i berkata LPNM menyasarka­n untuk meningkatk­an kawasan tanaman nanas negara kepada 20,000 hektar pada 2025.

“Sasaran sekali gus meningkatk­an kadar peratusan tanaman nanas varieti MD2 daripada 15 peratus pada ketika ini kepada 50 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia