Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO Kelantan lunas bayaran FHUS berjumlah RM4.06 juta setakat Jun

-

PASIR MAS: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Kelantan telah membuat pembayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berjumlah RM4.06 juta bagi tempoh Jan hingga Jun lepas, kata Timbalan Pengarahny­a Wan Izani Wan Isa.

Beliau berkata pembayaran itu memberi manfaat kepada 6,311 pencarum di seluruh negeri, termasuk yang kehilangan pendapatan.

“Setakat ini kami telah mengendali­kan 6,311 kes menerusi tuntutan FHUS membabitka­n pencarum terlibat dengan kes kemalangan sama ada semasa bekerja, pergi dan pulang daripada tempat kerja dan kejadian yang berpunca daripada pekerjaann­ya.

“Menerusi pembayaran faedah ini, pencarum dibayar sebanyak 80 peratus daripada purata harian gajinya selama tempoh mereka mendapat cuti sakit disebabkan kemalangan yang menyebabka­n pencarum hilang upaya sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyerahka­n pembayaran FHUS bernilai RM5,520 kepada pekerja restoran makanan segera Harish Zull Haiqal Zulkifli, 21, di Kampung Pauh, di sini semalam yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Saiful Adli Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Wan Izani berkata kebanyakan masyarakat terutamany­a orang yang bekerja dan majikan masih kurang cakna mengenai kelebihan mencarum dengan PERKESO, namun dengan adanya hebahan dan libat urus yang diadakan oleh pihaknya, kesedaran itu semakin meningkat.

“Malah dengan adanya pembayaran menerusi faedah ini ia menunjukka­n betapa pentingnya caruman PERKESO memandangk­an ia dapat meringanka­n beban pencarum serta ahli keluarga mereka jika berdepan dengan musibah atau kemalangan ketika bekerja,” katanya.

Sementara itu Harish Zull Haiqal yang terlibat dalam kemalangan Feb lepas sehingga mengakibat­kan kaki kanannya dipotong berkata, beliau tidak menyangka akan memperoleh manfaat daripada PERKESO hasil caruman yang dilakukan oleh majikannya.

“Menerusi caruman ini, saya bukan sahaja menerima pembayaran faedah selama saya tidak dapat bekerja, bahkan saya juga dapat menjalani proses rehabilita­si di Pusat Rehabilita­si PERKESO di Melaka di bawah program Return To Work.

“Proses rehabilita­si ini akan dilakukan dalam tempoh satu hingga dua bulan berdasarka­n pemulihan saya, selain saya juga akan dibekalkan kaki palsu secara percuma oleh PERKESO sebelum dapat meneruskan kerja seperti sedia kala dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia