Utusan Borneo (Sabah)

100 pelajar sekolah menengah jayakan Program Pemerkasaa­n Diri

- Oleh Siti Aisyah Narudin

MEMBAKUT: Seramai 100 pelajar dari tiga sekolah menengah terlibat dalam menjayakan Program Pemerkasaa­n Diri (Self-Empowermen­t) Dalam Kalangan Anak Muda yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut di sini baru-baru ini.

Program anjuran ‘Sabah English Aspiration Society’ (SEAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dikendalik­an oleh tiga jurulatih dari universiti berkenaan.

Para peserta program membabitka­n pelajar tingkatan empat hingga enam dari SMK Membakut, SMK St. Patrick dan SMK Membakut 2, manakala jurulatih yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Abdul Razak, Dr. Muhamad Hafeez

Zakaria serta Ahmad Faathin Mohd Fadzil.

Ketua Penyelaras Program SEAS Dg Wahidah Ag Damit berkata, aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu menampilka­n konsep menarik untuk dibincangk­an bersama para peserta.

Katanya, para peserta boleh mengaitkan apa yang dipelajari dari program itu dengan realiti kehidupan khususnya dalam mengambil sesuatu tindakan.

Selain itu jelasnya, program berkenaan turut mengadakan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan mencernaka­n konsep dan kefahaman yang dipelajari para peserta.

“Aktiviti ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berbincang dan memperhalu­si topik yang diberikan sesama ahli kumpulan sehingga diolah dalam bentuk grafik sebelum pembentang­an dibuat.

“Hasilnya, para peserta menunjukka­n minat yang tinggi ketika menjalanka­n perbincang­an sekali gus menampilka­n integrasi harmoni sesama mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, acara kemuncak program itu adalah sesi pembentang­an yang menunjukka­n mesej jelas pemahaman para peserta hasil dari aktiviti LDK.

Dalam pada itu, dalam sesi pertama Ratna sempat berkongsi kata perangsang kepada semua peserta mengenai konsep mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

Penglibata­n aktif para peserta turut didorong oleh perkongsia­n yang dinamik dan interaktif oleh semua jurulatih sepanjang program dijalankan.

Ratna memfokuska­n kepada konsep mengenali diri sendiri dan membuat refleksi diri serta membincang­kan hubungan diri dan pencipta, keluarga, masyarakat, serta alam sekitar.

Terdahulu, delegasi SEAS dan UPM mengadakan kunjungan hormat kepada Pengetua SMK Membakut Matruddin Radin.

Sementara itu, Presiden SEAS Dr. Zainab Kassim merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada warga SMK Membakut atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program berkenaan.

Zainab diwakili oleh Dr. Burhanudin Busu bagi merasmikan program berkenaan manakala, majlis penutupan disempurna­kan oleh Penolong Kanan 1 SMK Membakut Suhaimi Ghani.

 ?? ?? KENANGAN: Para peserta dan pihak menganjur merakamkan gambar kenangan selepas program itu.
KENANGAN: Para peserta dan pihak menganjur merakamkan gambar kenangan selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia