Utusan Borneo (Sabah)

1,246 pelajar cemerlang dipilih menerima tajaan MARA ke luar negara

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menaja pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang serta peringkat pengajian, dan yang terbaru, seramai 1,246 pelajar cemerlang dipilih menerima tajaan melanjutka­n pengajian ke universiti terbaik dunia.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, daripada jumlah itu, seramai 690 pelajar melanjutka­n pengajian ke United Kingdom (UK) manakala 217 pelajar lagi ke Amerika Syarikat (AS).

“MARA akan terus menyediaka­n peruntukan bagi menaja pengajian pelajarpel­ajar cemerlang yang akan memberi manfaat kepada ribuan pelajar setiap tahun di bawah skim pinjaman boleh ubah bagi pengajian di dalam dan luar negara.

“Antara program penajaan yang ditawarkan adalah Young Talent Developmen­t Programme (YTP), Graduate Excellence Programme (GREP), Program Pembanguna­n Profesiona­l (Pro-P), IPMA Excellent Students Programme (IESP) dan MARA Education Sponsorshi­p Hybrid (MESH), “katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pra Pelepasan Pelajar Ke Luar Negara (Know Before You Go) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun; Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Jelas Mahdzir, selain UK dan AS, MARA turut menghantar pelajarnya ke Rusia seramai 84 orang, Australia 66 orang, India 50 orang, Perancis 47 orang, Ireland 34 orang, Sepanyol 16 orang, New Zealand 15 orang, Belanda tiga orang, Jordan dua orang dan Jerman, Sweden serta Korea Selatan masingmasi­ng satu orang pelajar.

Kesemua pelajar terbabit kini sedang menjalani program persiapan diri dan akan berlepas ke negara tersebut secara berperingk­at bermula September depan.

Program Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA ke luar negara (Know Before You Go) antaranya adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan berkenaan urusan konsular oleh Bahagian Konsular Wisma Putra.

Selain taklimat ancaman keselamata­n dan ekstremis oleh Polis Diraja Malaysia, taklimat urusan di lapangan terbang, urusan kewangan dan prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjadi pelajar tajaan MARA di luar negara nanti.

“Kesemua pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian ke luar negara adalah berdasarka­n keputusan yang cemerlang semasa mengikuti pengajian persediaan seperti A-Level, Internatio­nal Baccalaure­ate, American Degree Transfer Program, Diploma, Foundation serta Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana,” katanya.

Tambah Mahdzir, sebelum ini para pelajar turut menghadiri Program Pemantapan Karisma yang diadakan selama tiga hari.

Mereka telah didedahkan berkaitan prinsip utama konsep kenegaraan bagi memahami kepentinga­n Kerajaan dalam pentadbira­n Malaysia.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Institut Pembanguna­n dan Kecemerlan­gan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

Ia dirangka khusus untuk membina jati diri kebangsaan yang mantap dalam kalangan pelajar sebagai golongan yang beridealis­me agar selari dengan matlamat utama MARA.

Selain itu, program tersebut juga bertujuan memupuk aspek kepimpinan dalam diri setiap pelajar bagi menghasilk­an generasi yang mempunyai potensi dan berkemahir­an tinggi.

MARA menyasarka­n untuk menghantar pelajar tajaannya ke luar negara seramai 1,500 orang setiap tahun.

“MARA akan terus melahirkan golongan pelajar yang peka tentang konsep berkerajaa­n serta mengetahui dasardasar negara berpanduka­n perlembaga­an persekutua­n dan prinsip rukun negara,” kata Mahdzir.

Untuk rekod, MARA kini mempunyai sejumlah 3,229 orang pelajar tajaannya di 19 buah negara.

Kesemua mereka melanjutka­n pengajian di 50 universiti terbaik dunia mengikut QS Ranking 2022 dan 20 terbaik mengikut kedudukan kursus yang ditawarkan.

 ?? ?? PRIHATIN: Mahdzir mendengar sesuatu yang dikatakan semasa bertemu dengan salah seorang pelajar yang ditaja MARA sempena majlis itu.
PRIHATIN: Mahdzir mendengar sesuatu yang dikatakan semasa bertemu dengan salah seorang pelajar yang ditaja MARA sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia