Utusan Borneo (Sabah)

PADERA sedia terima kunjungan pasukan bola sepak luar

- Oleh Hamzah Sanudin

RANAU: Pasukan bola sepak Pejabat Daerah Ranau (PADERA) sedia menerima kunjungan pasukan dari dalam dan luar daerah untuk mengadakan perlawanan persahabat­an bersama mereka.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani berkata pihaknya sangat mengalualu­kan kehadiran pasukan dari luar daerah yang mahu mengadakan perlawanan persahabat­an.

Katanya, sukan melalui perlawanan persahabat­an dapat mengeratka­n silaturrah­im dan memupuk perpaduan antara pasukan.

“Pelawanan seperti ini bukan untuk mencari pasukan yang hebat, tetapi ia dapat melihat kemampuan pemain yang telah dibentuk,” katanya ketika mengadakan perlawanan persahabat­an bersama pasukan Mahkamah Anak Negeri (MAN), di sini.

Menurutnya, perlawanan yang berkesudah­an dengan keputusan seri masing-masing lima gol itu membuktika­n kehebatan kedua-dua pasukan.

“Walaupun berlaku sedikit kekeliruan dalam pengadilan semasa perlawanan itu berlangsun­g, tetapi setiap pemain telah mempamerka­n aksi yang menarik.

“Kita berharap, kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan itu dan pengadil perlu lebih berhati-hati semasa mengadili perlawanan pada masa akan datang,” katanya.

Jumain yang juga ketua pasukan PADERA berharap perlawanan persahabat­an ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya hubungan yang sedia terjalin dapat dieratkan lagi.

“Saya mempelawa pasukan dari dalam dan luar Ranau supaya dapat mengadakan perlawanan persahabat­an bersama PADERA,” katanya.

Terdahulu, pasukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, Muhasip Roman.

 ?? ?? CENDERA KENANGAN: Jumain (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Muhasip.
CENDERA KENANGAN: Jumain (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Muhasip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia