Utusan Borneo (Sabah)

Isteri pilu, ketibaan disambut berita kematian suami, dua anak

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kesedihan seorang wanita tidak dapat digambarka­n selepas ketibaanny­a di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini disambut berita kematian suami serta dua anaknya.

Jeanilee Escobar Assam, 46, baharu mendarat di ibu negeri selepas kembali dari Manila, Filipina atas urusan kerja kira-kira jam 3.28 pagi sebelum diberitahu tentang kemalangan ngeri yang menimpa keluargany­a itu.

Beliau sebelum ini dijadualka­n tiba pada jam 12.50 di KKIA namun penerbanga­nnya tertunda dan hanya menaiki pesawat dari Manila ke Kota Kinabalu jam 1.38 pagi.

Sebaik tiba di KKIA, dia terus dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE1) Kota Kinabalu, sebelum terpaksa ditenangka­n ahli keluarga lain.

Sementara itu bapa saudara kepada mangsa maut Jimmykal Assam, Nazro Harun, 42, berkata, dia amat terkejut apabila mendapat berita kemalangan membabitka­n anak saudara dan dua cucunya.

“Sebaik menerima berita itu, saya bergegas ke lokasi dan hati saya amat pilu apabila melihat ketiga-tiga ahli keluarga saya itu sudah meninggal dunia.

“Anak saudara saya bersama anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke LTAKK untuk menjemput isterinya selepas seminggu berada di Filipina atas urusan kerja,” katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga terutama ibunya amat terkejut dan sedih kerana bukan sahaja kehilangan suami malah kedua-dua anaknya,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Jabatan Forensik HQE I.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat permukaan jalan yang licin akibat hujan.

“Pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaann­ya yang terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat berkenaan.

“Pemandu tidak disyaki mabuk, namun, sampel darah mangsa akan diambil semasa proses bedah siasat untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pengesahan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, dalam kejadian jam 11.24 malam itu tiga mangsa maut iaitu Jimmykal Jaujali Assam, 44, dan dua anaknya Sazfa, 11 dan Alkail, 16.

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia empat tahun turut parah dan kini menerima rawatan di HQE1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia