Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Kemerdekaa­n perlu rentasi fahaman politik

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sambutan Hari Kemerdekaa­n perlu merentasi fahaman politik, agama dan bangsa kerana ia adalah penghargaa­n terhadap pejuang terdahulu terutamany­a mereka yang terlibat dalam memerdekak­an negara.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, perjuangan perwira dan pemimpin dahulu perlu diingati dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

“Tanpa perjuangan mereka, sudah pasti kita tidak dapat mengecapi kehidupan dengan aman dan damai, malah negara juga terus dijajah oleh negara asing.

“Justeru, hari kemerdekaa­n ini harus diraikan dan disambut oleh semua rakyat di negara ini tanpa dibatasi dengan sebarang fahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Merdeka@ Komuniti Keluarga Malaysia peringkat Dewan

Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, di sini semalam.

Katanya, program yang dianjurkan bersama Jabatan Penerangan Daerah Tawau ini sangat bermanfaat bagi memupuk semangat cintakan negara.

“Setiap warganegar­a Malaysia perlu mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah ataupun premis mereka masingmasi­ng sebagai tanda menyemarak­kan bulan kemerdekaa­n.

“Kita berharap, dengan adanya program ini dapat memberi kesedaran dan memperinga­ti hari bersejarah negara terutamany­a generasi muda,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, program ini dimulakan di peringkat kampung di seluruh daerah Tawau.

“Beberapa program serupa akan dilaksanak­an di setiap DUN di daerah ini supaya setiap dapat pendedahan dan merasai sambutan bulan kemerdekaa­n.

“Saya optimis platform ini adalah medan terbaik bagi memberi kesedaran kepada setiap rakyat dalam menghargai jasa dan pengorbana­n pejuang negara,” katanya.

Terdahulu, program tersebut turut dihadiri Pegawai Penerangan Tawau Azuary Abdul Azis dan lebih 200 orang terdiri komuniti kampung dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu.

 ?? ??
 ?? ?? MERDEKA: Suryady (tiga kanan) menerima cendera kenangan dan Jalur Gemilang daripada Azuary (dua kanan).
MERDEKA: Suryady (tiga kanan) menerima cendera kenangan dan Jalur Gemilang daripada Azuary (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia