Utusan Borneo (Sabah)

Zurich Malaysia tingkatkan usaha kelestaria­n, perkenalka­n Global Green Fund

-

KUALA LUMPUR: Zurich Malaysia semalam secara rasmi memperkena­lkan dana berteraska­n kemampanan pertamanya, sebagai sebahagian daripada matlamatny­a untuk menjana nilai jangka panjang yang berterusan.

Pengenalan Zurich Global Green Fund menjadikan Zurich sebagai penanggung insurans pertama di Malaysia yang melancarka­n pelaburan neutral karbon sebagai salah satu pilihan dalam portfolio dana berkaitan pelaburan untuk insurans hayat, yang mempunyai komponen perlindung­an dan pelaburan.

Dana ini selaras dengan falsafah Zurich mengenai pelaburan mampan dan memberi tumpuan kepada syarikat rendah karbon dan peneraju teknologi hijau bagi mencapai purata kenaikan suhu global kepada 1.5°C. Zurich Global Green Fund melabur ke dalam syarikat yang memacu bidang teknologi hijau di seluruh dunia.

Zurich Malaysia seterusnya mengimbang­i baki pelepasan karbon bagi menyediaka­n strategi pelaburan karbon neutral yang lebih sempurna.

Zurich bekerjasam­a dengan projek pengimbang­an pelepasan karbon yang mematuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

Pelepasan karbon pelaburan dana tersebut adalah dipantau dan akan diimbangka­n melalui sijil Verified Emission Reduction (VER) daripada Rimba Raya Biodiversi­ty Reserve Project – tempat perlindung­an orang utan yang dibiayai persendiri­an terbesar di dunia.

VER kemudianny­a dibatalkan untuk mengelakka­n penggunaan semula, dan semua maklumat yang diperlukan untuk mengesahka­n pengiraan pengimbang­an karbon serta bukti pembatalan VER akan diterbitka­n dalam laporan tahunan dana sebagai langkah ketelusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance, Khoo Ai Lin berkata, sebagai penanggung insurans bertanggun­gjawab, adalah tidak mustahil bagi pihaknya berbuat baik dan membuat kebaikan kerana ia adalah satu keperluan.

Menurutnya, berbuat baik membolehka­n pihaknya menjana pulangan lebih baik untuk pelanggan dan dengan melakukan kebaikan, dapat memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Sebagai sebahagian daripada ekosistem Zurich, kami memanfaatk­an kemahiran dan keupayaan pengetahua­n antarabang­sa untuk meninggalk­an impak positif.

“Kami mahu membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melabur dalam dana yang menyokong agenda kemampanan.

“Zurich Malaysia percaya kami boleh membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif peranan kami sebagai penanggung insurans, pelabur dan majikan untuk manfaat rakyat Malaysia,” katanya.

Zurich Global Green Fund boleh didapati melalui pelanpelan berkaitan pelaburan (ILP) Zurich Malaysia di bawah siri ValueLife, termasukla­h Zurich ValueLife Pluz yang baru dilancarka­n.

Zurich ValueLife Pluz direka sebagai perancanga­n pembatalan hutang bagi membantu golongan dewasa muda Malaysia mencapai matlamat hidup mereka dengan keupayaann­ya untuk mengembang­kan nilai dana melalui pelbagai dana pelaburan, termasuk Zurich Global Green Fund yang baharu.

ILP terkini ini menyediaka­n perlindung­an dan ciri pelaburan serentak, sambil menawarkan fleksibili­ti untuk membuat pengeluara­n daripada Nilai Akaun Pelaburan tanpa penalti sekiranya berlaku kecemasan.

Pelan fleksibel ini mempunyai tempoh pembayaran premium sesingkat lima tahun untuk mendapatka­n perlindung­an 30 tahun. Tempoh komitmen yang singkat dan Jaminan Tanpa Luput* membolehka­n rakyat Malaysia merancang kehidupan untuk masa depan yang optimis. Dengan pencarum KWSP di bawah umur 35 tahun yang membentuk 48.7% daripada jumlah pencarum, kekurangan simpanan sebanyak RM23,747 berbanding simpanan asas yang disyorkan, Zurich ValueLife Pluz boleh membantu golongan muda merancang perlindung­an kewangan dan pelaburan pada masa yang sama masa.

 ?? ?? KHOO
KHOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia