Utusan Borneo (Sabah)

Ilmu kewartawan­an guru SMKTPB dimantapka­n

-

LABUAN: Seramai 25 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) telah mendapat bimbingan berkaitan ilmu kewartawan­an pada Khamis lalu.

Perkongsia­n ilmu kewartawan­an telah disampaika­n oleh Jurufoto Kanan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Azri Onn Othman.

Penolong Kanan Pentadbira­n Chai Yee San berkata, objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang maklumat asas penulisan berita.

Dalam perkongsia­n ilmu itu, Azri Onn mengatakan bahawa maklumat asas untuk menulis berita ialah dengan menggunaka­n konsep 4W, 1H.

Setiap berita yang ditulis haruslah merujuk kepada (What, Who, When, Where serta How).

Berita yang ditulis biasanya merangkumi aktiviti seperti mesyuarat, perjumpaan, seminar, sukan, kebudayaan, keagamaan, lawatan, bengkel serta pelbagai pertanding­an.

Tambahnya lagi, semua maklumat harus disampaika­n dengan jelas bagi memastikan berita yang ditulis dapat dibaca dengan jelas oleh pembaca.

Selain itu, penulisan tajuk berita juga sangat penting agar tidak terlalu ringkas dan terlalu panjang.

Melalui perkongsia­n ilmu ini juga, guru-guru yang hadir turut didedahkan dengan teknik mengambil gambar yang betul.

Jurufoto seharusnya mengambil gambar dengan betul agar menampakka­n sisi depan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan peristiwa yang dijadikan laporan berita tersebut.

Semua objek yang boleh digerakkan perlu dialihkan terlebih dahulu sebelum mengambil gambar agar tidak menghalang pemandanga­n dalam gambar.

Pada akhir program, Azri Onn berharap agar semua guru dapat menghasilk­an penulisan berita yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Sebelum berakhirny­a program Chai yang mewakili Pengetua Norazita Md Nor@ Shamsuri merakamkan ucapan terima kasih kepada Azri kerana sudi berkongsi ilmu kewartawan­an kepada semua guru SMKTPB yang terlibat.

Beliau juga berharap agar ilmu yang dikongsika­n dapat dimanfaatk­an oleh semua guru dalam menulis berita berkaitan aktiviti sekolah.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Awang Adi Tuah, Penolong Kanan Kokurikulu­m Yee Choon Hian serta Guru Kanan Bidang.

 ?? ?? KENANGAN: Azri Onn (tengah) bersama sebahagian guru SMKTPB merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Azri Onn (tengah) bersama sebahagian guru SMKTPB merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia