Utusan Borneo (Sabah)

MAAIMUSS intai peluang luaskan amalan perubatan ultrabunyi ke Phuket

-

PHUKET, (THAILAND): Perubatan Dalaman Akut Tahap Lanjut (MAAIMUSS) mengintai peluang untuk memperluas­kan amalan perubatan menggunaka­n teknologi ultrabunyi ke Phuket, Thailand.

Presidenny­a, Datuk Seri Dr Paras Doshi berkata wakil kesihatan wilayah Phuket telah menunjukka­n minat untuk mendapatka­n kepakaran MAAIMUSS dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis bagi melaksana kaedah perubatan itu.

“Mereka teruja dan kagum apabila mendengar berita kejayaan HTF dalam memperkena­lkan kaedah perubatan ini yang bukan hanya menjimatka­n kos dan masa sebaliknya menyelamat­kan nyawa pesakit,” katanya kepada pemberita pada program perkongsia­n MAAIMUSS yang merupakan acara sambilan sempena Program Ziarah Mahabbah 2022 malam kelmarin.

Dr Paras berkata HTF merupakan satu-satunya hospital perintis menggunaka­n kaedah perubatan ultrabunyi pertama di Malaysia sejak 2020.

Terdahulu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l yang juga Penaung Diraja MAAIMUSS berkenan menyampaik­an cenderamat­a kepada Timbalan Pengarah Hospital Vachira Phuket Dr Lersak Leenanithi­kul dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Phuket Dr Somsuk Sumparnpra­teep.

Turut berangkat pada program ziarah itu ialah putera baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Mengulas lanjut, Dr Paras yang juga Pakar Perunding Perubatan Dalaman Maju dan Akut HTF berkata perbicanga­n fasa kedua kerjasama tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan usaha ini mendapat sokongan penuh daripada Raja Muda Perlis sendiri. Beliau berkata dengan menggunaka­n kaedah perubatan ultrabunyi dalam tempoh bermula Julai 2020 hingga Dis 2021, HTF berjaya melakukan penjimatan kos sebanyak RM5.5 juta.

Dr Paras berkata pegawai perubatan juga dapat menjimatka­n masa membuat diagnosis terhadap pesakit dan pesakit tidak perlu masuk ke wad untuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan selain menjimatka­n penggunaan katil sebanyak 20 peratus.

“Apa yang penting ialah ia banyak membantu pesakit apabila mereka tidak perlu lagi menunggu masa yang panjang untuk mendapat janji temu pemeriksaa­n kesihatan dengan doktor pakar,” katanya.

Seramai 35 delegasi daripada ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyertai Program Ziarah Mahabbah 2022 ke Phuket yang berlangsun­g dari 5 hingga 7 Ogos.

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Tuanku Faizuddin (tiga kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan kepada Imam Masjid Ban Huailuk, Wilayah Krabi, Sawas Pracha pada program Ziarah Mahabbah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Krabi, Thailand, kelmarin.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Tuanku Faizuddin (tiga kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan kepada Imam Masjid Ban Huailuk, Wilayah Krabi, Sawas Pracha pada program Ziarah Mahabbah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Krabi, Thailand, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia