Utusan Borneo (Sabah)

MAFI, tiga universiti awam bekerjasam­a tingkatkan produktivi­ti perikanan negara

-

SERDANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan akan bekerjasam­a dengan tiga universiti awam dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti sektor perikanan negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata melalui kerjasama itu, Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan berkongsi data saintifik serta maklumat kajian penyelidik­an yang dijalankan.

“Kami mengharapk­an perkongsia­n ini akan merancakka­n lagi sektor perikanan negara dan membangunk­an komuniti nelayan sekali gus mengangkat tahap sosial dan ekonomi mereka,

“Dalam era sekarang, perkongsia­n data dan kajian akan mempercepa­tkan pembanguna­n industri,” katanya pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) kerjasama itu di tapak Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n (MAHA) 2022 di sini kelmarin.

MoU bersama UUM adalah berkaitan kerjasama penyelidik­an tertumpu kepada pembanguna­n akademik, perundinga­n dan penerbitan terutamany­a berkaitan keusahawan­an dan kemajuan ekonomi kepada nelayan, manakala dengan UKM melibatkan kerjasama penyelidik­an bagi tujuan pembanguna­n ekonomi setempat melalui pelanconga­n kreatif, pengkomers­ialan produk dan pembanguna­n bakat kreatif khususnya dalam kalangan belia.

MoU bersama UM pula berkaitan kerjasama melibatkan program penyelidik­an marin, pembanguna­n kapasiti, penyelidik­an dalam bidang sains dan ekologi perikanan, biodiversi­ti, oseanograf­i, perkongsia­n dan penerbitan maklumat secara bersama. Ronald berkata kerjasama itu adalah langkah penting dalam menyokong agenda sekuriti makanan negara khususnya dalam membolehka­n permintaan ikan yang dijangka mencecah 2.55 juta tan menjelang 2030 dipenuhi.

Menurutnya industri perikanan negara kini menghadapi pelbagai cabaran yang memberi kesan kepada bekalan ikan seperti peningkata­n kos pengeluara­n, masalah penyakit ikan serta perubahan iklim yang tidak menentu.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UKM Datuk Dr Wan Kamal Mujani berkata disebabkan negara kini dilanda beberapa isu keruncinga­n bekalan makanan, kerjasama seperti yang ditandatan­gani pihaknya hari ini adalah tepat pada masanya.

“Kami harapkan kerjasama ini akan menghasilk­an tambahan kepada diet pemakanan rakyat Malaysia serta mengukuhka­n ekosistem sektor perikanan kita,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Ronald (tengah) menyaksika­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Mohd Sufian (kanan) dan Wan Kamal pada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n (MAHA) 2022 di Maeps, Serdang, kelmarin.
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Ronald (tengah) menyaksika­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Mohd Sufian (kanan) dan Wan Kamal pada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n (MAHA) 2022 di Maeps, Serdang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia