Utusan Borneo (Sabah)

Permulaan sempurna Arsenal dalam EPL

Kutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park

-

LONDON: Mikel Arteta memuji keupayaan Arsenal mengatasi serangan separuh masa kedua daripada Crystal Palace untuk memeterai permulaan sempurna dalam musim Liga Perdana dengan kemenangan 2-0 di Selhurst Park semalam.

Di padang di mana The Gunners tewas 0-3 pada April yang mengakibat­kan kejatuhan mereka dan kehilangan tempat dalam Liga JuaraJuara, anak buah Arteta bertahan selepas tandukan Gabriel Martinelli memberi mereka pendahulua­n pada separuh masa pertama.

Gol sendiri Marc Guehi mengesahka­n tiga mata selepas Odsonne Edouard dan Eberechi Eze terlepas peluang besar untuk Palace.

“Kemenangan ialah perkara paling penting. Untuk memenangi perlawanan pertama ia membina keyakinan, momentum dan kemudian kami boleh membincang­kan perkara yang perlu kami perbaiki,” kata Arteta.

Arsenal dikalahkan 0-2 di Brentford pada malam pembukaan musim tahun lalu, yang mencetuska­n permulaan terburuk liga mereka dalam 67 tahun.

Namun sejak itu mereka menebus prestasi pra-musim mereka dengan dan Arteta mendapat ganjaran dengan diberi lebih 100 juta pound untuk dibelanjak­an dalam pasaran perpindaha­n.

Ketibaan Gabriel Jesus untuk mengisi keperluan

“Kemenangan ialah perkara paling penting. Untuk memenangi perlawanan pertama ia membina keyakinan, momentum dan kemudian kami boleh membincang­kan perkara yang perlu ” kami perbaiki.

penyerang tengah merupakan perolehan terbesar Arsenal pada musim panas dan pemain Brazil itu hampir menandakan penampilan sulungnya dengan bergaya selepas hanya empat minit.

Pasukan pelawat benarbenar dominan pada suku perlawanan, tetapi mereka memerlukan kerjasama untuk melakar kejayaan.

Seorang lagi pemain debut, Oleksandr Zinchenko mengumpan dan tandukan Martinelli cukup kuat untuk melepasi Vicente Guaita.

TheEaglesm­engambilma­sa setengah jam untuk mencari rentak, tetapi kecewa kerana tidak mendapat sekurangku­rangnya satu gol pun.

Palace melumpuhka­n pasukan Arteta pada babak kedua, tetapi sekali lagi gagal mengambil peluang.

“Perbezaan antara keduadua pasukan ialah mereka menjaringk­an gol,” kata jurulatih Palace dan bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira.

“Kami mencipta dua peluang yang sangat baik untuk menjaringk­an gol dan kami tidak menyempurn­akan peluang kami.”

Arsenal tidak mengancam serangan balas pada separuh masa kedua, tetapi bertuah pada lima minit terakhir.

Hantaran lintang Bukayo Saka membuatkan rakan sepasukann­ya di England, Guehi hilang kawalan apabila tandukan pemain tengah Palace itu menerjah masuk pintu golnya sendiri.

Mikel Arteta Pengurus Arsenal

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris di antara Crystal Palace dan Arsenal di Selhurst Park.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris di antara Crystal Palace dan Arsenal di Selhurst Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia