Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe cedera aduktor, persiapan PSG terganggu

-

PARIS: Kylian Mbappe akan terlepas aksi Ligue 1 pertama musim baharu Paris Saint-Germain (PSG) pada hujung minggu ini menentang Clermont akibat kecederaan aduktor, kata kelabnya kelmarin.

PSG mengumumka­n bahawa Mbappe telah diketepika­n daripada skuad yang akan pergi ke Clermont untuk perlawanan Sabtu ini “akibat kesakitan pada otot aduktornya” dan sebaliknya dia akan tinggal untuk menjalani rawatan.

“Kemas kini lanjut akan diberikan dalam masa 72 jam.”

Mbappe sudah terlepas aksi ketika PSG menang 4-0 ke atas Nantes dalam pembukaan musim Piala Juara-Juara Perancis di Tel-Aviv, Israel hujung minggu lalu kerana penggantun­gan dari kempen lepas.

PSGmulamem­pertahanka­n kejuaraan Ligue 1 dengan jurulatih baharu, Christophe Galtier yang mengambil alih tugas daripada Mauricio Pochettino yang dipecat.

Lionel Messi dan Neymar, yang kedua-duanya menjaringk­an gol ketika menentang Nantes, berada dalam skuad bersama pemain baharu Vitinha, Hugo Ekitike dan Nordi Mukiele.

Bagaimanap­un, tiada tempat untuk rekrut terkini kelab Qatar itu, dengan pemain tengah antarabang­sa Portugal Renato Sanches tidak disenaraik­an bersama 21 pemain yang diumumkan pada hari Jumaat.

Sanches baru tiba dari Lille pada hari Khamis dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 15 juta euro.

Galtier, yang mengetuai Lille untuk merangkul kejuaraan Ligue 1 pada 2021, berkata dia tidak sabar untuk memulakan musim.

“Kami memikul tugas ini untuk bersaing dan mendalami semua emosi,” akui Galtier.

“Sesi latihan dan wawancara ialah hal sampingan, tetapi kami hidup untuk bersaing.”

 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia