Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia hadapi kemungkina­n jika PN tarik sokongan: Ismail Sabri

Termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal

-

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kerajaan pimpinanny­a sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, sekiranya Perikatan Nasional (PN) berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Malaysia adalah negara yang mengamalka­n sistem demokrasi dan mana-mana parti bebas untuk membuat keputusan sendiri, namun mereka perlu menanggung kesan daripada keputusan itu termasuk tidak menyokong kerajaan.

“Saya pun dengar berita macam itu( P N tarik sokongan )... namun laporan mengenai P N itu tidak dikeluarka­n secara rasmi oleh parti berkaitan cuma mungkin satu dua orang sahaja yang mengeluark­an kenyataan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa PN bercadang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri selepas kecewa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Khamis antara Ismail Sabri dan PN yang diketuai BERSATU dibatalkan pada saat akhir.

Parti komponen PN dianggotai oleh BERSATU, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan

Parti Maju Sabah (SAPP). Ismail Sabri berkata sekiranya kerajaan sekarang tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan dan kerajaan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

“Kalau bersedia untuk menghadapi pilihan raya, kita akan adakan pilihan raya. Kalau masih lagi kerajaan ini kekal, maka akan pertimbang­kan dari segi tarikh pilihan raya mengikut kesesuaian,” katanya. Kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Faiz Na’aman dilaporkan menafikan laporan yang mendakwa PN akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri kerana isu tuntutan jawatan timbalan perdana menteri, serta menegaskan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail Sabri.

“Saya pun dengar berita macam itu (PN tarik sokongan)...namun laporan mengenai PN itu tidak dikeluarka­n secara rasmi oleh parti berkaitan cuma mungkin satu dua orang sahaja yang ” mengeluark­an kenyataan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA RAKYAT: Ismail Sabri (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro-Pelanconga­n Malaysia 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, semalam.
— Gambar Bernama MESRA RAKYAT: Ismail Sabri (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro-Pelanconga­n Malaysia 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Ismail Sabri (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro-Pelanconga­n Malaysia 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, semalam. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Ismail Sabri (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro-Pelanconga­n Malaysia 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, semalam. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia