Utusan Borneo (Sabah)

KSN diarah tubuh jawatankua­sa siasat insiden KPPA, pegawai imigresen di KLIA

-

SERDANG: Kabinet mengarahka­n Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menubuhkan jawatankua­sa di peringkat dalaman bagi menyiasat insiden melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut telah dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet kerana tidak mahu timbul perpecahan dalam kalangan kakitangan kerajaan susulan insiden itu sebaliknya mahu agar suasana hubungan harmoni antara penjawat awam dapat terus dikekalkan.

“Kabinet setuju untuk meminta KSN melihat perkara itu dan menubuhkan jawatankua­sa di peringkat dalaman untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kita kena berlaku adil kepada semua pihak, yang mengadu dan yang diadu. Kita serah kepada jawatankua­sa itu yang akan ditentukan KSN, siapa pengerusi dan ahli-ahli untuk membuat siasatan secara dalaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran

Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini semalam.

Perdana Menteri ditanya mengenai insiden yang tular di media sosial berhubung dakwaan KPPA telah mengeluark­an kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di KLIA pada 3 Ogos lepas,

Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam kenyataan pada 4 Ogos lepas, bagaimanap­un menafikan tuduhan terhadap KPPA dan menjelaska­n Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap pihak imigresen di KLIA berhubung ketidakpat­uhan amalan dan prosedur.

Mengenai keanggotaa­n ahli jawatankua­sa itu, Ismail Sabri berkata ia berkemungk­inan melibatkan pihak luar malah ada yang mencadangk­an Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai pengerusi, namun keputusan pemilihan akan diserahkan kepada KSN.

Ditanya mengenai tempoh masa siasatan, beliau berkata ia terserah kepada jawatankua­sa berkenaan memandangk­an terdapat video yang tular dan perlu memanggil saksi kedua-dua belah pihak sebelum keputusan dapat dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia