Utusan Borneo (Sabah)

Tiada unsur diskrimina­si dalam kerjaya pelanconga­n: Santhara

-

MELAKA: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya memberi jaminan tiada unsur diskrimina­si dibenarkan berlaku dalam pekerjaan yang melibatkan bidang tersebut.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata semakin ramai majikan kini mula menerima pekerja tanpa mengira jantina, lokasi, bangsa atau bahasa ketika melakukan sesi pengambila­n pekerja dilakukan.

“Saya ada bertanya kepada majikan yang hadir pada Karnival Kerjaya Pelanconga­n ini dan semuanya menerima pekerja tanpa mengira jantina, bangsa atau penggunaan bahasa.

“Rata-rata majikan dalam bidang ini menerima pekerja yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Tiada diskrimina­si bahasa dan sekiranya boleh bercakap dalam bahasa lain, ia lebih bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pelanconga­n 2022 di Dataran Sungai Melaka, bersempena program Magic of the Night 2022 di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar golongan muda menukar persepsi mengenai pekerjaan dalam bidang pelanconga­n dan menjadikan­nya platform kerjaya bagi masa hadapan.

“Rata-rata ingat kerja di hotel contohnya, hanya di front desk atau bersihkan bilik sedangkan banyak lagi bidang dalam sektor ini. Namun semuanya perlu bermula dari bawah iaitu front desk. Apabila sudah bekerja dua atau tiga tahun dan pengalaman sudah banyak, mereka akan naik.

“Jadi, saya berharap golongan muda merebut peluang untuk memulakan kerjaya dalam bidang pelanconga­n termasuk perhotelan yang sentiasa berkembang dan Karnival Kerjaya Pelanconga­n 2022 ini boleh dijadikan titik mula bagi mereka yang ingin berkecimpu­ng dalam bidang pelanconga­n seperti perhotelan atau penerbanga­n,” katanya.

Karnival Kerjaya Pelanconga­n 2022 yang berlangsun­g selama tiga hari bermula kelmarin itu disertai 15 majikan dengan tawaran 1,012 jawatan kosong yang merangkumi lima subsektor iaitu perhotelan (477), pengangkut­an darat (249), pembinaan lebuh raya (165), pengangkut­an udara (100) dan taman tema (21).

Daripada 1,012 jawatan kosong yang diiklankan, sebanyak 906 jawatan ditawarkan dalam lingkungan kadar gaji antara RM1,500 dan RM2,000 sebulan manakala 106 jawatan pada kadar gaji pokok melebihi RM2,000 sebulan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Santhara (tengah) ketika singgah melawat gerai pameran kerjaya Syarikat Penerbanga­n AirAsia Berhad pada Karnival Kerjaya Pelanconga­n 2022 di Banda Hilir di Melaka, semalam. Karnival Kerjaya anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang berlangsun­g selama 3 hari bersempena Program Magic Of The Night (MOTN) 2022.
— Gambar Bernama BERBINCANG: Santhara (tengah) ketika singgah melawat gerai pameran kerjaya Syarikat Penerbanga­n AirAsia Berhad pada Karnival Kerjaya Pelanconga­n 2022 di Banda Hilir di Melaka, semalam. Karnival Kerjaya anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang berlangsun­g selama 3 hari bersempena Program Magic Of The Night (MOTN) 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia