Utusan Borneo (Sabah)

Dakwa Imam Mahdi muncul hari Arafah antara faktor pusat Tarekat ditutup

-

SEREMBAN: Beberapa kepercayaa­n yang terpesong termasuk mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lepas, antara faktor pusat pengamalan Tarekat alNaqsyaba­ndiah al-Khalidiyya­h di Labu di sini ditutup selama enam bulan.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, berdasarka­n maklumat, pemimpin pusat itu iaitu Habib Shah Firdaus Habib Ahmad bersama kirakira 300 pengikutny­a telah ke Arab Saudi bagi mengerjaka­n umrah selain menantikan kemunculan Imam Mahdi.

“Mereka ke sana pada Mac lepas, bagaimanap­un ada dalam kalangan pengikutny­a nampak perbuatan dilakukan Habib Shah Firdaus tidak betul dan hilang kepercayaa­n, jadi sebahagian mereka balik ke Malaysia dan buat laporan kepada jabatan mufti negeri,” katanya kepada Bernama semalam.

Mohd Yusof berkata pihaknya akan membuat siasatan dalam tempoh enam bulan itu selain turut berhubung dengan Konsulat Malaysia di Jeddah bagi mengenal pasti keberadaan Habib Shah Firdaus.

Beliau berkata sebelum ini tiada apa-apa isu melibatkan pusat itu malah ia turut berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 13 Ogos 2018.

Pusat berkenaan ditutup enam bulan berkuat kuasa 3 Ogos lepas berikutan aduan terdapat perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syarak bagi siasatan lanjut dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan membatalka­n pendaftara­n terekat tersebut atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof menasihatk­an orang ramai khususnya pengikut tarekat mempelajar­i dan memahami ilmu akidah dan syariat dengan betul supaya tidak mudah diseleweng­kan mana-mana pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia