Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi antara kaedah boleh perangi orang tengah: Annuar

-

MELAKA: Kaedah menggunaka­n gerakan koperasi antar alangkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi ‘orang tengah’ yang cuba mengambil keuntungan berlebihan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia( MenKOMM) berkata langkah tersebut akan ‘memotong’ beberapa rantaian daripada pengeluar kepada peruncit yang menyebabka­n harga barang meningkat.

“Maknanya ada kaedah secara langsung daripada pengeluar, pembungkus macam yang diberikan kepada koperasi, mereka dibenarkan import gula, mereka akan dibenarkan untuk buat pembungkus­an kepada peket kecil dan mereka boleh terus mengedar sebagai peruncit melalui rangkaian kedaikedai koperasi.

“Dan mereka (koperasi) juga memberi jaminan harga antara 15 ke 20 peratus lebih rendah daripada harga sekarang. Ini antara langkah yang akan kita mula laksanakan ,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di sini semalam.

Annuar mengulas mengenai saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengembali­kan usaha jihad memerangi orang tengah yang pernah dilaksanak­an lapan tahun lepas.

Perdana Menteri dilaporkan berkata jihad itu perlu diteruskan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasamaa­gen sidi bawah M A F I seperti mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpula­n buah-buahan, penambahan pasar tani dan pasar nelayan.

Dalam pada itu, Annuar berkata beliau berpuas hati apabila terdapat pasar raya mula menurunkan harga minyak sawit dalam botol walaupun penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi mula berkuat kuasa, Isnin ini.

“Kita tahu pasar raya seperti Mydin, sudah mula menjual minyak masak dalam botol seberat 5 kilogram (kg) pada harga R M 32.70, dan itu satu langkah yang baik, yang saya harap rantaian kedai-kedai lain akan dapat melakukan tindakan yang sama.

“Tak semestinya tunggu 8 Ogos, sebab kita tahu sebahagian daripada stok itu ada juga yang dibeli waktu harga murah, dan saya tak nafikan ada yang dibeli pada waktu harga mahal.

“Tetapi benchmark (tanda aras) RM34.70 telah mengambil kira dua perkara iaitu‘ harga purata’ pada Julai dan sejumlah premium yang telah ditokok pada harga itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia