Utusan Borneo (Sabah)

Pertanian pintar pengubah utama transforma­si sektor agromakana­n

-

SERDANG: Pemodenan dan pertanian pintar merupakan pengubah keadaan (game changers) utama transforma­si sektor agromakana­n negara di bawah Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang memfokuska­n pendekatan baharu berasaskan teknologi moden dan pembanguna­n mampan selaras dengan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) dan Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDGs) 2030.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata sepanjang tempoh pelaksanaa­n Rancangan Malaysia ke-12, agenda pemodenan dan pertanian pintar juga antara fokus utama dalam memacu sektor agromakana­n negara yang mampan, berdaya tahan dan berpacukan teknologi.

“Dalam hal ini, kerajaan akan memberi tumpuan berterusan kepada pemodenan sektor agromakana­n bagi meningkatk­an produktivi­ti dan menjamin sekuriti makanan negara di sampingmem­acupertumb­uhan ekonomi demi menjamin kesejahter­aan rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n (MAHA) 2022, di sini semalam.

MAHA 2022 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurut Ronald kerajaan sentiasa mengolah pelbagai inisiatif dan usaha untuk menjamin kemampuan rakyat memperoleh bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga berpatutan secara berterusan untuk Keluarga Malaysia.

Ronald berkata MAHA 2022 menawarkan rangkaian kenalan perniagaan baharu bagi mempelajar­i kaedah dan inovasi pertanian terkini supaya masyarakat pertanian Malaysia cakna serta dapat mengambil bahagian dalam gerakan menerajui revolusi pertanian era IR 4.0 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan Tema MAHA 2022, ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ adalah tepat dan selari dengan komitmen kerajaan yang terus memberi tumpuan dalam agenda memperkuku­h sekuriti makanan negara.

Beliau berkata objektif utama penganjura­n MAHA adalah untuk mempromosi­kan sektor agromakana­n dan industri makanan dengan mengetenga­hkan kepelbagai­an produk, kejayaan perusahaan serta pelbagai inisiatif pihak agensi kerajaan dan swasta.

Katanya MAHA turut memberi sorotan utama kepada keseluruha­n ekosistem dan rantaian nilai sektor pertanian selain menyediaka­n ruang untuk mempamerka­n peluang perniagaan yang ditawarkan oleh industri agromakana­n yang sedang berkembang pesat.

“Pada tahun ini, MAHA 2022 yang meliputi 22 segmen menjadi lebih istimewa kerana ia diadakan secara hybrid buat pertama kalinya, dengan acara platform langsung dan maya digabungka­n.

“Diharapkan melalui gabungan pengalaman seunik ini, sektor agromakana­n akan mendapat tambahan momentum dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk negara,” katanya

Pada malam majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaik­an Anugerah Perdana Sektor Agromakan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut yang membawa pulang trofi, sijil serta hadiah tunai berjumlah RM50,000.

MAHA 2022, yang diadakan selama 11 hari bermula Khamis lepas, menyaksika­n penyertaan lebih 1,500 reruai pempamer, dengan sasaran lebih sejuta pengunjung dengan RM250 juta potensi nilai jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia