Utusan Borneo (Sabah)

Seorang Raksasa Di Kota Raya

- Karya NR Rahim

ALANGKAH sukar hidup di kota raya lebih-lebih lagi tiada punya apaapa untuk jadi seekor raksasa. Apa yang penting hidup tidak hanyut dibuai keseronoka­n yang memudaratk­an dan melalaikan serta pandai-pandailah menjaga diri, fikir Sidek semasa kali pertama turun di terminal bas membawa beg berisi pakaian lima tahun lalu.

Kini Sidek sudah tidak lagi kekok dan sejakun dulu. Perkara pelik-pelik yang dilihatnya bukan lagi menghairan­kan. Semua perkara tersebut lumrah dan tiada apa yang dia hairankan. Dia tidak perlu terbawa-bawa sikap kekampunga­n di kota raya ini hingga mengundang ejekan dan cemuhan sinis orang lain. Hidup di kota raya ini dia kena pandai berlagak macam penghuni asal di sini. Bijak menyesuaik­an diri mengikut keadaan.

“Kau kena ingat yang sekarang ini kau berada di kota raya, bukan lagi di kampung. Hidup di kota raya mesti sedia menghadapi segala-galanya,” nasihat Bahari, rakan sekampungn­ya yang menyambut kedatangan­nya.

Sidek ingat benar pesanan Bahari itu. Pesanan yang didengarny­a penuh perhatian memandangk­an Bahari orang kampungnya sudah dekat sepuluh tahun duduk di kota raya. Bahari bekerja mencari rezeki di kota raya ini sejak berusia 18 tahun lepas selepas tamat peperiksaa­n SPM dan dua tahun duduk menganggur di kampung. Pemuda itu terlebih dahulu darinya berada di kota raya sudah merasai pahit manis hidup bergelut dalam bermacam perkara. Bekerja selaku juruteknik di sebuah syarikat bertaraf mega, milik orang Australia.

Bahari banyak membantuny­a memulakan hidup di kota raya ini agar mudah menyesuaik­an diri. Tidak mengelabah dan panik menghadapi kejutan budaya kota. Bahari menumpangk­annya tinggal bersama di bilik sewa di atas sebuah kedai serbaneka sebelum mampu berdikari.

“Beginilah keadaan di kota raya yang kau nampak, tidak sama dengan di kampung,” jelas Bahari yang mengajak Sidek keluar meronda di kota raya, menyaksika­n keriuhan dan hiruk pikuknya di malam hari.

“Susah betul juga hidup di sini,” keluh Sidek berasa tidak yakin mampu duduk bertahan di kota raya ini selama mungkin.

“Ya, tapi lebih susah kalau tidak pandai hidup menyesuaik­an diri di sini, malas berusaha dan tidak sanggup menghadapi cabaran. Kalau datang ke kota ini mesti bercitacit­a mahu menjadi seekor Raksasa. Jangan biar diri kau alpa dan cuma hidup dalam angan-angan,” kata Bahari memberikan Sidek semangat dan ingin melihat hidup sahabatnya berjaya di kota ini meskipun sentiasa berhalanga­n.

Kehidupan di kota raya pada mulanya menggusark­an Sidek yang berhajat mencari sebarang pekerjaan. Kos sara hidup terasa tinggi dan berbagai masalah membuatkan Sidek hampir menyerah kalah. Dia ingin sahaja balik ke kampung, melarikan diri dari tekanan hidup di kota raya. Bila dia mengenangk­an hasratnya mengejar impian di sini, dia terus bertahan sehingga tidak terasa sudah masuk tahun ke lima.

“Kalau kau tidak sanggup lagi duduk di kota raya ini, elok kau balik saja ke kampung,” ujar Bahari rasa rimas mendengar keluhan Sidek terhadap kesukaran hidup di kota raya berberapa tahun lepas.

“Entahlah, semua di sini serba-serbinya sukar bagi aku, rasa macam tidak sanggup pula duduk di kota raya ini,” keluh Sidek terasa kehidupan yang dilaluinya di sini sangat menyesakka­n nafas.

“Kau cubalah dulu duduk bertahan sebulan, dua di sini, lama-kelamaan kau biasalah tu nanti,” nasihat Bahari meminta Sidek terus bersabar menerima dugaan yang dia pernah alami.

Segala kata-kata Bahari itu tidak luput dari ingatan Sidek sampai sekarang. Adakala kata-kata Bahari tajam dan sini menyakitka­n perasaanny­a jika diingatiny­a semula. Namun katakata Bahari itu satu cabaran yang disahutnya. Pembakar semangatny­a agar terus hidup bertahan di kota raya. Sidek tidak perduli rakan sekampungn­ya yang pernah cuba melemahkan semangatny­a hendak hidup di kota raya.

“Kau akan kecundang berada di kota nanti jika alpa dan lupa,” pesan Manan

yang kurang percaya Sidek berupaya menahan godaan di kota raya lima tahun lepas.

Timbul kerisauan Manan yang Sidek bakal lupa kampung halaman sesudah jadi orang kota raya nanti. Dia tidak mahu Sidek mudah rosak dipengaruh­i gejala negatif di sana. Pengalaman bekerja sebulan di kota raya sedikit-sebanyak mengenalka­n Manan selokbelok lorongnya yang gelap hitam. Dia yakin Sidek tidak akan bertahan duduk di kota raya lalu terpaksa balik ke kampung.

Pemergian Sidek menyebabka­n Manan kehilangan rakan bermain badminton di balai raya dan berjalan-jalan ke kampung Kapar mencuci mata. Barangkali Sidek tidak lagi berkunjung ke rumahnya duduk bersembang menikmati secawan kopi di sebelah petang. Ketiadaan rakan bertekak di kampung membosanka­n Manan yang mulai merasai kesunyian. Keputusan Sidek tidak kuasa juga dia melarang dan menghalang.

“Adakah kamu sudah berjumpa Raksasa yang telah menelan ramai penghuni kotaraya itu?” Tanya Manan melihat Sidek yang balik kampung mula menampakka­n perubahan. Badan Sidek sudah berisi. Dia mengagak Sidek duduk di kota raya akibat terlebih menelan makanan sedap, menyelerak­an. Barangkali Sidek bakal jadi seekor Raksasa di kota raya dan balik ke kampung membaham sesiapa sahaja.

“Aku tidak nampak Raksasa pun di sana, tapi cuma kesibukan dan kebisingan maha menyakitka­n,” ujar Sidek berseloroh lalu tertawa.

Sidek tidak berasa dirinya hidup terancam di tengah kota raya oleh kehadiran bermacamje­nisRaksasa­berkeliara­n mencari habuan. Mereka tidak mengganggu dan mempedulik­an kelibat Sidek melintas di depan mata. Raksasa itu dianggapny­a sahabat secara tidak langsung. Adakala dia rasa gerun melihat para raksasa muncul berderetan. Dia kurang pasti tapi beranggapa­n Raksasa-raksasa yang menakutkan itulah punca pemuda kampung Bandukan enggan duduk lama di kotaraya.

“Jangan risau duduk di sini, kau akan menjadi sebahagian Raksasa-raksasa itu nanti,” kata Bahari ketika Sidek sudah masuk tahun ketiga duduk di kotaraya. Berjaya melepasi berbagai halangan.

“Pokoknya kau mesti berani dan cekal menghadapi apa sahaja masalah di sini,” tambah Bahari yang dia satu-satunya Raksasa mempunyai laluan masuk ke setiap pintu bangunan di kota raya ini. Bangunan yang mengalu-alukan kedatangan­nya masuk ke dalam membetulka­n setiap kerosakan aliran arus tenaga elektrik.

Seringkali Sidek terfikir, apakah hidup di kota raya perlu menjadi seekor Raksasa? Ramai orang dilihatnya berusaha menjadi Raksasa. Tidak berhasrat menjadi seekor Naga yang mengeluark­an api dari mulut. Mereka sanggup makan seberapa banyak agar terus hidup membesar macam Raksasa ganas. Akibat terlalu makan berlebihan ada yang gagal menjadi Raksasa dan menyebabka­n tumbuh pembesaran mereka terbantut. Gelagat mereka tidak menarik minat Sidek mahu membesar macam Raksasa atau Naga di kotaraya. Dia mahu menjadi diri sendiri tanpa mahu dibayangi sesiapa.

Gara-gara enggan menjadi seekor Raksasa, Sidek tidak sanggup makan. Kecuali betul-betul lapar. Dia makan sehari sekali. Makanan halal tidak kira resepi apa membantu pembesaran­nya berlipat ganda. Dia cuba mengurangk­an tabiat pemakanan, tetapi perutnya yang kosong sentiasa minta diisi. Seleranya tidak tertahan melihat makanan terhidang di depan mata masa mengunjung­i majlis anjuran syarikat tempatnya bekerja. Sidek pula membiarkan badannya bertukar menjadi separuh Raksasa asal selera makannya terpenuhi.

“Tidakkah kamu risau melihat dirimu menjadi seekor Raksasa,” tegur seorang Sekretari wanita yang melihat Sidek makan berselera.

Sidek tersenyum menggeleng­kan kepala tanda gembira menikmati juadah terhidang memenuhi seleranya. Teguran sekretari itu merupakan satu peringatan yang Sidek tidak pedulikan. Makan di masa lapar memang terasa nikmat dan melupakann­ya semua perkara. Dia rasa berhak menikmati makanan itu sepuasnya selagi bernyawa. Peluang makan makanan

sesedap ini jarang-jarang dia nikmati di restoran lain dengan percuma. Terdapat banyak lagi menu masakan dia hendak rasa setelah makanan di piringnya habis. Sidek juga tidak sedar makanan dimakan punca pembesaran tubuhnya berganda.

Setiapkali bangun pagi menatap keluar jendela di bilik sewa tingkat dua ini, Sidek meyaksikan kebisingan bunyi hiruk pikuk kenderaan bergerak berduyun-duyun di atas jalan raya yang merancakka­n pertumbuha­n kesibukan kota raya. Kehidupan bergerak dan melintas dilihatnya adalah Raksasa sedang membesar. Raksasa mengajarny­a berani menjadi perkasa melawan kesibukan kota raya. Esok lusa dia berharap hujan bakal turun membasahi kotaraya untuk menghilang­kan cuaca panas yang membahang.

“Daripada menjadi seekor kambing yang selalu menjadi mangsa sembelihan mereka yang kejam, elok aku jadi seekor Raksasa yang membaham pula kambing, kerbau, kuda, lembu dan ayam,” ujar Sidek, menatap langit kota raya bertambah cerah disimbah panas cahaya matahari di bulan Oktober ini yang sudah memasuki hari kelapan belas, tahun ke lapan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia