Utusan Borneo (Sabah)

Projek ternakan ayam skala besar di Rompin beroperasi Disember

-

ROMPIN: Projek ternakan ayam berskala besar secara sistem tertutup melibatkan peruntukan kira-kira RM60 juta di Kampung Tanjung Seratus, di sini bakal beroperasi Disember depan, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata projek yang diusahakan Felcra Berhad (Felcra) di tanah berkeluasa­n kira-kira 20 hektar itu mampu membekalka­n sebanyak 600,000 ekor ayam satu pusingan 35 hari atau 3.6 juta ekor pada tahun pertama operasinya.

Menurutnya ketika ini, keperluan ayam dalam negara adalah lebih dua juta ekor sehari atau kira-kira 62.9 juta ekor sebulan.

Mahdzir berkata menerusi inisiatif tersebut, ia dapat membantu negara mengekalka­n bekalan makanan sekali gus menjana ekonomi antaranya mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Felcra telah buat libat urus dengan pihak mempunyai kepakaran dan teknologi untuk projek ini. Selain itu, Felcra juga akan adakan kawasan atau tapak di negeri lain untuk tambah bekalan ayam negara,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ramlan Harun, Pengerusi Felcra Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mat Roni Zakaria.

Projek tersebut merupakan sebahagian rancangan untuk mempelbaga­ikan bidang perniagaan Felcra dan tidak hanya bergantung kepada sektor perladanga­n kelapa sawit sahaja.

Selain reban ayam, beberapa bangunan fasiliti juga dicadangka­n untuk dibina di tapak projek berkenaan antaranya kuarters pekerja dan pengurusan, stor penyimpana­n jentera, pejabat pentadbira­n dan makmal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mahdzir (empat kanan) melawat tapak Pembanguna­n Pembinaan Projek Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Tanjung Seratus ketika mengadakan lawatan kerja di Rompin, semalam. Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (tiga kanan).
— Gambar Bernama LAWATAN: Mahdzir (empat kanan) melawat tapak Pembanguna­n Pembinaan Projek Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Tanjung Seratus ketika mengadakan lawatan kerja di Rompin, semalam. Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia