Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya kurangkan kemalangan sepanjang musim perayaan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya mampu mengurangk­an kadar kemalangan sepanjang musim perayaan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata sepanjang Januari tahun ini sahaja, Sabah merekodkan 1,634 kes kemalangan dengan 20 kes adalah kemalangan maut.

“Kempen ini penting dilaksanak­an bagi menyedarka­n pengguna jalan raya untuk mengutamak­an aspek keselamata­n jalan raya setiap masa.

“Program yang diadakan setiap tahun terutamany­a musim perayaan juga dilihat mampu mengurangk­an statistik kemalangan jalan raya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan kempen keselamata­n terbabit di Teluk Dumpil Putatan semalam.

Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya dilaksanak­an Kementeria­n Kerja Raya Sabah melalui Majlis Keselamata­n Jalan Raya dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sementara itu, semasa ditanya mengenai mekanisme lain yang boleh dilaksanak­an selain kempen keselamata­n ini, beliau berkata beberapa langkah lain termasuk tindakan penguatkua­saan perlu dilakukan.

“Kita perlu memandang serius berkenaan aspek keselamata­n jalan raya, pemandu itu sendiri perlu memastikan kenderaan yang digunakan dalam keadaan selamat selain memandu secara beretika untuk keselamata­n diri dan pengguna lain terjaga.

“Tindakan pematuhan undang-undang juga perlu dilaksanak­an terhadap pemandu yang cuai dan memandang ringan aspek keselamata­n jalan raya bagi memastikan kemalangan dapat diminimaka­n.

“Kita juga akan berkolabor­asi dengan pelbagai jabatan berkaitan bagi memastikan kita dapat meningkatk­an tahap keselamata­n di jalan raya berada pada tahap tertinggi,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Shahelmey menyempurn­akan perasmian Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Teluk Dumpil Putatan.
RASMI: Shahelmey menyempurn­akan perasmian Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Teluk Dumpil Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia