Utusan Borneo (Sabah)

UMS sahut 11 agenda KPT

-

KOTA KINABALU: Sebelas agenda Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi Ucapan Perutusan Tahun Baharu 2023 mampu memperkasa­kan sektor pendidikan tinggi nasional secara menyeluruh.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr Kasim Haji Mansor berkata, hala tuju yang telah digariskan bertepatan dengan kepantasan perubahan dunia yang menuntut kesiapsiag­aan tinggi dalam mendepani pelbagai krisis dan cabaran semasa.

“Bagi UMS, setiap pesanan dan inti amanat menteri akan menjadi sumber rujukan utama sebagai roh kepada hala tuju universiti sepanjang tahun 2023.

“Setiap aktiviti sedia ada dan perancanga­n yang telah dirangka juga akan dilihat dan disesuaika­n semula bagi memastikan UMS sentiasa seiringan dengan misi dan visi KPT khususnya ketika kita berada pada era ledakan teknologi permodenan dunia tanpa sempadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini bagi memberi reaksi terhadap Ucapan Perutusan Tahun Baharu Menteri KPT 2023 yang bertemakan Pendidikan Tinggi: Harapan dan Masa Depan.

Dr Kasim berkata, bagi mendepani cabaran tahun 2023 dan mengurus pelbagai kejutan di tahun-tahun mendatang, UMS menerusi slogan baharu “Leading towards Innovative Societies” (peneraju masyarakat berinovati­f) akan terus aktif mengadakan jalinan kerjasama dengan pihak industrii, universiti-universiti di peringkat global, serta institusi-institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Pendekatan-pendekatan yang digunakan memfokus kepada proses pemindahan ilmu kepada masyarakat dengan lebih teratur dan mudah kecapaiann­ya.

“Dengan keintelekt­ualan yang ada tentunya akan membolehka­n inovasi dihasilkan bersesuaia­n dengan empat sektor teras sumber utama ekonomi negara khususnya di Sabah iaitu pertanian, perindustr­ian, pelanconga­n dan perkhidmat­an.

“Kepakaran ahli akademik inilah yang menjadi penggerak kepada kemampuan UMS menterjema­hkan masyarakat madani yang dihasratka­n Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menyahut agenda pertama dan yang paling utama iaitu menterjema­hkan aspirasi nasional secara tegas, tuntas dan tepat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia