Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Restu Ilmu membakar semangat calon SPM SMK Taman Perumahan Bedaun

-

LABUAN: Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun telah menjalanka­n Majlis Restu Ilmu Calon SPM Tahun 2022, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Dataran Bedaun, SMK Taman Perumahan Beduan itu dihadiri oleh 88 calon SPM dengan guru seramai 35 orang.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Norazita Md Nor @ Shamsuri berkata. Majlis Restu Ilmu bertujuan untuk melahirkan murid-murid tingkatan 5 yang berbudi luhur, berketramp­ilan, berdaya saing dan cemerlang.

Selain itu, katanya, Majlis Restu Ilmu Calon SPM bertujuan untuk membimbing dan memupuk nilai hormat menghormat­i serta sikap menghargai ibu bapa dan guru dalam diri murid.

“Saya juga berharap semua calon akan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamata­n sepanjang peperiksaa­n SPM diadakan.

“Saya juga memohon kerjasama ibu bapa untuk turut memastikan anak-anak mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk datang lebih awal ke dewan peperiksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG, Heidar Hussein Md Rashid berkata calon SPM haruslah sentiasa menjadikan harapan ibu bapa sebagai motivasi menghadapi SPM kerana ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka.

Majlis Restu Ilmu tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku’, lagu Wilayah Persekutua­n “Maju dan Sejahtera” dan lagu Rasmi Sekolah “Berwawasan, Progresif dan Cemerlang”.

Bacaan doa khas majlis dan kejayaan para calon SPM tahun 2022 dipimpin oleh Nik Muhamad Fazli.

Manakala ucapan wakil murid disampaika­n oleh Maizura Mazliani Mazlan dan ucapan wakil ibu bapa disampaika­n oleh Yang DiPertua PIBG, Heidar Hussein Md Rashid.

Turut hadir Penolong Kanan HEM, Awang Adie Tuah, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Yee Choon Hian, kaunselor, guruguru tingkatan 5, 23 orang ibu bapa murid tingkatan 5.

Ketua-ketua panitia mata pelajaran tingkatan 5 turut terlibat dalam sesi penyampaia­n ‘Hot Tips” SPM.

Kemudian, calon-calon SPM memohon restu daripada guruguru dan ibu bapa dengan berpanduka­n SOP fasa endemik COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Turut diadakan sesi bergambar YDP PIBG dan guru-guru bersama wakil ibu bapa murid dan murid tingkatan 5.

Sebanyak 88 set cenderamat­a sumbangan daripada koperasi sekolah SMK Taman Perumahan Bedaun diagihkan kepada calon SPM sebagai simbolik persiapan murid menghadapi peperiksaa­n SPM.

Majlis Restu Ilmu Calon SPM tahun 2022 SMK Taman Perumahan Bedaun ditutup dengan acara jamuan ringan ibu bapa dan murid tingkatan 5.

 ?? ?? ALBUM: Sesi bergambar guru-guru bersama wakil ibu bapa murid Tingkatan 5 SMK Taman Perumahan Bedaun.
ALBUM: Sesi bergambar guru-guru bersama wakil ibu bapa murid Tingkatan 5 SMK Taman Perumahan Bedaun.
 ?? ?? MENGEJAR ILMU: Calon SPM mendengar dengan tekun amanat Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun.
MENGEJAR ILMU: Calon SPM mendengar dengan tekun amanat Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun.
 ?? ?? AMANAT: Norazita memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM Tahun 2022.
AMANAT: Norazita memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM Tahun 2022.
 ?? ?? SOKONGAN: Heidar menyampaik­an ucapan wakil ibu bapa kepada calon SPM Tahun 2022.
SOKONGAN: Heidar menyampaik­an ucapan wakil ibu bapa kepada calon SPM Tahun 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia