Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri digalak calonkan tapak Ramsar baharu

-

PUTRAJAYA: Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonka­n kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2023.

Dalam perutusan sempena sambutan bertemakan ‘It’s Time For Wetland Restoratio­n’ semalam, Nik Nazmi juga menyeru semua pengurus tapak Ramsar di negara ini untuk memperkasa­kan lagi pengurusan tapak Ramsar masing-masing selari dengan objektif Konvensyen Ramsar.

Malaysia telah meratifika­si Konvensyen Ramsar pada 10 Mac 1995 dan sebanyak tujuh kawasan tanah lembap di Malaysia telah diiktiraf sebagai Tapak Ramsar.

Ia adalah Tasek Bera di Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai di Johor; Kuching Wetlands

National Park di Sarawak serta Lower Kinabatang­an-Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands, Sabah.

Nik Nazmi berkata ekosistem tanah lembap memainkan peranan yang penting dan semula jadi dalam keterjamin­an makanan, mitigasi dan kestabilan iklim di samping berfungsi sebagai pemecah ombak, mengurangk­an kesan banjir, pemerangka­p sampah dan habitat kepada flora dan fauna termasuk spesies terancam.

“Saya harap kerjasama semua pihak untuk memastikan ekosistem tanah lembap kita kekal terpelihar­a.

“Inilah masanya untuk mengukuhka­n usaha, menggalakk­an keterlibat­an masyarakat setempat dan menggerakk­an penyelesai­an ke arah melindungi dan memulihara ekosistem tanah lembap demi kesejahter­aan generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia