Utusan Borneo (Sabah)

FELCRA sediakan perlindung­an PERKESO untuk 10,000 peserta

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) telah menerima sumbangan caruman Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) daripada FELCRA Berhad untuk 10,000 orang pesertanya menerusi inisiatif SPS Tani di bawah Program SPS Padanan Caruman FELCRA.

SPS Padanan Caruman adalah inisiatif geran padanan Kerajaan yang diperkenal­kan dalam Bajet 2022 bertujuan untuk menggalak dan meringanka­n beban golongan bekerja sendiri untuk mendapat perlindung­an sosial daripada PERKESO. Di bawah Inisiatif ini, Kerajaan membiayai 80% daripada caruman Pelan 2 SKSPS, manakala pencarum bekerja sendiri hanya perlu membayar 20% iaitu RM46.60 sahaja daripada jumlah penuh caruman (RM232. 80).

Sumbangan caruman ini mencermink­an penghargaa­n dan komitmen FELCRA kepada pesertanya.

Tajaan caruman SKSPS di bawah SPS Tani oleh FELCRA Berhad direalisas­ikan melalui projek TANGO. Projek TANGO adalah platform yang mengumpulk­an usahawan dan golongan bekerja sendiri termasuk pekerja gig secara dalam talian untuk menarik golongan ini di seluruh negara supaya menyertai perlindung­an SKSPS.

SKSPS menyediaka­n perlindung­an kepada orang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa melakukan aktiviti berkaitan pekerjaan. Antara faedah yang ditawarkan oleh skim ini ialah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Kemudahan Pinjaman Pendidikan.

Sehingga kini, hampir 711,000 pencarum aktif berdaftar di bawah SKSPS daripada kirakira 2.8 juta orang yang bekerja sendiri di seluruh negara.

Bertanggun­gjawab membangunk­an kawasan luar bandar, FELCRA membuka peluang kepada masyarakat luar bandar meningkatk­an taraf hidup mereka melalui penyertaan dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dengan mewujudkan sektor luar bandar yang dinamik, lestari dan menguntung­kan.

PERKESO menyediaka­n perlindung­an kepada orang bekerja sendiri di bawah 20 sektor informal termasuk Sektor Pertanian, melalui SKSPS di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789). Akta 789, yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2017, kini diwajibkan untuk sektor pengangkut­an penumpang dan juga sektor pengangkut­an barangan dan makanan.

PERKESO berharap agensi lain akan mencontohi keprihatin­an FELCRA dalam aspek kebajikan dan perlindung­an peserta mereka agar lebih ramai orang bekerja sendiri dilindungi PERKESO menerusi SKSPS. Skim ini bukan sahaja memberi perlindung­an kepada individu bekerja sendiri tetapi juga tanggungan mereka sekiranya berlaku kematian berkaitan pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia