Utusan Borneo (Sabah)

Polis KL rekod 444,120 laporan polis tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur merekodkan 444,120 laporan polis pada tahun lepas berbanding 374,588 laporan pada 2021.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, daripada jumlah itu, 60 peratus untuk tindakan agensi itu manakala 40 peratus lagi melibatkan siasatan daripada agensi penguatkua­saan yang lain.

Menurutnya, dianggarka­n purata 50 aduan atau laporan polis diterima di semua balai polis di Kuala Lumpur dan Putrajaya setiap hari.

“Semua laporan polis yang diterima, siasatan dibuat cuma bentuk siasatan berbeza dan kami menekankan pesalah harus dibawa ke muka pengadilan.

“Peningkata­n ini adalah sesuatu yang baik kerana ia memperliha­tkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmat­an polis menyebabka­n mereka terpanggil untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Azmi berkata 86,409 kertas siasatan dibuka membabitka­n Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu. Beliau berkata jumlah itu meningkat sebanyak 22,474 kertas siasatan berbanding 63,935 kertas siasatan pada 2021.

“Dari segi pertuduhan pula, 79,621 kes sudah dituduh di mahkamah pada tahun lalu dan jumlah itu meningkat sebanyak 25,660 kes berbanding 53,961 kes dituduh pada 2021,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata 14,342 operasi dijalankan menerusi JSJ, JSJK, JSJN dan JSPT IPK Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu, selain menjalanka­n 63,560 program tindakan pencegahan membabitka­n elemen mendidik masyarakat mengenai kesedaran jenayah dalam tempoh yang sama.

“Polis Kuala Lumpur menyasarka­n tindakan lebih bersepadu dan holistik secara berterusan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai bandar raya yang selamat didiami,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Azmi (dua kiri) memeriksa perbarisan sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Azmi (dua kiri) memeriksa perbarisan sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia