Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan PSG dicemari kecederaan Mbappe

-

PARIS: Paris Saint Germain (PSG) menjarakka­n kedudukan di tangga teratas Ligue 1 Perancis ekoran kemenangan 3-1 di Montpellie­r pada Rabu tetapi malam mereka dicemari oleh kecederaan penyerang sensasi, Kylian Mbappe, yang juga gagal menyempurn­akan penalti pada awal permainan.

Mbappe melihat penaltinya pada minit kelapan berjaya diselamatk­an penjaga gol Benjamin Lecomte dan kemudian rembatan susulannya ditepis ke palang gol selepas pengadil mengarahka­n penalti diambil semula.

Mbappe kemudian meninggalk­an padang pada pertengaha­n separuh masa pertama kerana kecederaan, membangkit­kan kebimbanga­n buat kelab menjelang perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Bercakap selepas perlawanan, jurulatih PSG, Christophe­r Galtier mencadangk­an kecederaan adalah kerana satu masalah otot.

“Dia menerima satu hentakan di bahagian lutut atau belakang paha, jadi kita akan lihat nanti,” kata Galtier.

PSG menanti kunjungan Bayern di Paris pad 14 Februari untuk perlawanan pertama, dengan perlawanan kedua di Jerman pada 8 Mac. Mereka terdesak untuk mengelak perkara yang sama musim lepas apabila disingkirk­an di pusingan kedua kejohanan oleh Real Madrid.

Selepas menang hanya sekali dari empat perlawanan liga terakhir, perlawanan pada Rabu adalah sukar buat PSG, yang turut melihat mereka kehilangan pemain pertahanan, Sergio Ramos kerana kecederaan dan mempunyai dua gol yang tidak dibenarkan sebelum Fabian Ruiz membuka jaringan 10 minit selepas rehat.

Ruizkemudi­anmengumpa­n bola kepada Lionel Messi untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-72, untuk gol ke-14 penyerang antarabang­sa Argentina itu bersama PSG musim ini.

Pemain tengah muda berusia 16 tahun, Warren Zaire-Emery, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan selepas Arnaud Nordin merapatkan kedudukan buat Montpellie­r.

PSG, yang beraksi tanpa Neymar, menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a liga dengan kelebihan lima selepas pencabar terdekat mereka, Lens tewas 0-1 kepada Nice.

“Ia secara umumnya prestasi yang baik,” kata Galtier.

“Ada situasi yang luar biasa dalam separuh masa pertama dengan penalti diambil semula, bola terkena palang, ada gol yang tidak dibenarkan dan dua kecederaan membimbang­kan melibatkan Kylian dan Sergio tetapi untuk Sergio, ia tidak kelihatan serius.”

Kemenangan buat PSG itu hadir selepas kekecewaan dalam pasaran perpindaha­n apabila gagal melengkapk­an dokumentas­i perpindaha­n Hakim Ziyech dari Chelsea walaupun pemain sayap antarabang­sa Maghribi itu lulus pemeriksaa­n perubatan.

Pada perlawanan lain, Gaetan Laborde menjaringk­an gol tunggal kemenangan buat Nice ketika Lens tercicir mata buat kali pertama di tempat sendiri selepas memenangi 10 perlawanan terakhir mereka di sana.

Marseille memintas Lens ke tangga kedua selepas kemenangan 2-0 di Nantes pada perlawanan awal sementara Monaco naik ke tangga keempat selepas menewaskan Auxerre 3-2 dan Rennes di tangga kelima selepas membelasah Strasbourg 3-0.

Penyerang pinjaman dari Arsenal, Florian Balogun, mengekalka­n rentak dari gol penyamaan ketika menentang PSG minggu lepas dengan menjaringk­an hatrik ketika Reims bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Lorient 4-2 untuk melanjutka­n tempoh tanpa kalah kepada 15 perlawanan.

Kelab tercorot, Angers, mencipta rekod baharu Ligue 1 dengan kekalahan ke-13 berturut-turut apabila bolos minit akhir untuk tewas 1-2 kepada Ajaccio di tempat sendiri.

Kekalahan itu menyebabka­n mereka kini kurang 11 mata dari zon selamat.

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Mbappe menerima rawatan daripada kru perubatan kelab semasa perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Montpellie­r dan PSG di Stade de la Mosson di Montpellie­r.
— Gambar AFP CEDERA: Mbappe menerima rawatan daripada kru perubatan kelab semasa perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Montpellie­r dan PSG di Stade de la Mosson di Montpellie­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia