Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi tidak bantah penyertaan Rusia ke AFC

-

MANAMA: Arab Saudi tidak akan membantah penyertaan Rusia ke Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC), menurut menteri sukan negara itu ketika memberitah­u agensi berita AFP pada Rabu ketika pegawai bola sepak Rusia mencari cara untuk kembali ke pertanding­an antarabang­sa.

Pegawai Rusia membayangk­an kemungkina­n satu perpindaha­n ke Asia pada bulan Disember lalu ekoran penggantun­gan Rusia dari pertanding­an antarabang­sa oleh badan induk bola sepak Eropah (UEFA) ekoran penceroboh­an ke atas Ukraine.

Walaupun Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) kemudian meminta satu kumpulan kerja untuk menyambung semula perhubunga­n dengan UEFA, presiden RFU, Alexander Dyukov tidak menolak untuk mendapat keanggotaa­n AFC pada satu ketika.

Bercakap pada Kongres AFC di Bahrain, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulazi bin Turki Al-Faisal berkata dia tidak melihat satu masalah dengan Rusia beralih keanggotaa­n ke Asia.

“Jika FIFA (badan induk bola sepak dunia) dan AFC membenarka­nnya dan ada faedah untuk Asia, maka saya tidak fikir ada masalah dengan perkara itu,” katanya.

Menyertai AFC bermakna Rusia akan dapat bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang pasukan dari Asia dan juga kelabnya akan dapat menyertai pertanding­an kelab peringkat Asia.

Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata tiada sebarang perhubunga­n rasmi tentang keanggotaa­n Rusia.

“Jika kami mendapat sesuatu yang rasmi untuk AFC dalam perkara ini, maka ia adalah satu isu lain tetapi saya tidak menjangkak­an ia berlaku akan perbincang­an seperti ini akan berlaku,” katanya.

“Kami mempunyai perhubunga­n yang baik dengan persekutua­n Rusia dan persekutua­n lain di Eropah, dan kami sentiasa berhubung dengan mereka. Kami mahu apa yang terbaik dalam sukan ketika cuba untuk mengekalka­n politik di luar bola sepak.”

Minggu lepas, atlet Rusia dan Belarus – yang digantung dari kebanyakan sukan Olimpik sejak penceroboh­an ke atas Ukraine – dijemput bertanding pada kejohanan tergangguh Sukan Asia tahun ini, dijadualka­n akan diadakan di China.

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) juga berkata membenarka­n Rusia dan Belarus bertanding di Sukan Olimpik 2024 Paris seharusnya “diterokai”, mengenepik­an kemungkina­n satu boikot oleh Ukraine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia