Utusan Borneo (Sabah)

Program komuniti memberi pendedahan kepada mahasiswa

-

RANA U: Program Komuniti bersama Masyarakat Kampung Bongkud, Ranau, berjaya memberikan pendedahan kepada 38 pelajar Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menjalanka­n aktiviti bagi memenuhi keperluan kursus mereka.

Pengarah Program, Echilis Ansie Anak Manggang berkata selain memenuhi keperluan kursus Praktis Kerja Sosial III: Komuniti dan Organisasi, program itu juga bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kepelbagai­an suku kaum yang terlibat di Sabah dalam memupuk semangat kemasyarak­atan.

“Mereka juga berpeluang mempraktik­kan setiap kemahiran yang dipelajari dalam Praktis Kerja Sosial Komuniti dan Organisasi di lapangan dan mengenal pasti masalah atau isu-isu yang sering dihadapi oleh komuniti,” katanya.

Kira-kira 50 penduduk kampung menghadiri program itu yang dirasmikan Pengerusi Gabungan Belia Ranau, Syukri Saradih.

Turut serta dalam program itu ialah Pensyarah Subjek Praktis Komuniti: Dr. Wanda Kiyah Anak George Albert merangkap Ketua Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS danTimbala­n Pengarah, Lhys Kathleen Justinus.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah yang disampaika­n oleh Pelajar Tahun 3 Kerja Sosial UMS, Roger Vijay George bertajuk Pengenalan kepada Kerja Sosial, ceramah Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Ranau,Dr Filzah Atikah Johamin bertajuk ‘Tanpa Aedes, Tiada Denggi’ dan ceramah Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Queen Elizabeth, Maisarah Hamdan bertajuk Perkhidmat­an Sosial dalam Setting Perubatan.

Turut diadakan ialah aktiviti sukaneka dan tarik tali bersama penduduk kampung, mengecat papan tanda dan luaran Mini Dewan Guntab Kampung Bongkud dan aktiviti FGD (Focus Group Discussion) iaitu pengenalpa­stian isu/masalah sosial dan infrastruk­tur yang dihadapi oleh komuniti Kampung Bongkud.

Program juga diserikan dengan majlis kebudayaan yang diisi dengan pertanding­an karaoke, cabutan bertuah, persembaha­n tarian Magunatip daripada wakil belia Kampung Bongkud dan persembaha­n Tarian Igal-igal daripada wakil Pelajar UMS.

 ?? ?? BERSAMA MASYARAKAT: Peserta program Kerja Sosial bergambar bersama masyarakat Kampung
Bungkud.
BERSAMA MASYARAKAT: Peserta program Kerja Sosial bergambar bersama masyarakat Kampung Bungkud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia